Tentera Zionis terus mengganas di Masjid Al Aqsa

Tentera-tentera Zionis terus melakukan tindakan provokatif dengan memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa. Sumber-sumber di Jerusalem melaporkan, pada petang Khamis lalu, (2/7),  sejumlah tentera Israel memasuki halaman Masjid Al-Aqsa. Sebahagian dari mereka kemudian memasuki ruang solat Al-Marwani dan menculik tiga warga Palestin yang ada di ruangan tersebut.

Sesawang berita International Middle East Media Center mengutip sumber berita mengatakan, kejadian itu berlaku di ruang Al-Marwani di saat warga Palestin sedang meraikan perayaan kecil berupa pemberian penghargaan bagi anak-anak Palestin yang menang dalam peraduan foto Masjid Al-Aqsa.

Sejak awal kajadian, polis dan tentera Zionis berusaha menggagalkan acara tersebut. Mereka berusaha menyuraikan 300 anak-anak yang sedang berkumpul untuk mengikuti pertandingan itu, namun pihak penganjur tetap meneruskan acara meskipun tentera-tentera Zionis melakukan sabotaj.

Pada hari yang sama, pasukan Zionis juga menyerbu kota Bethlehem, Hebron, Jenis, Nablus dan Qlqiya di Tebing Barat. Tindakan ini bercanggah dengan janji Israel untuk tidak lagi mengganggu kota-kota tersebut dan menyerahkan masalah keamanannya kepada pasukan polis Palestin.

Penyerbuan dilakukan sejak Rabu malam hingga Khamis pagi. Tentera Israel memberi alasan, penyerbuan itu dilakukan untuk menangkap orang-orang Palestin yang masuk dalam “daftar buruan” Israel.(ln/IMEMC/eramuslim/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts