Tentera Zionis Tutup Lintasan Abu Salem Dan Masjid Ibrahimi

Ibrahimi Mosque - insideGAZA, 24 Sept 2014 (PIC) — Tentera Zionis semalam memutuskan untuk menutup pintu lintasan Karem Abu Salem, satu-satunya pintu masuk barangan komersial ke Gaza, sehingga hari Ahad atas alasan sambutan perayaan tahun baharu Yahudi.

Pengerusi Jawatankuasa Koordinasi Bekalan Gaza, Raed Fattouh mengesahkan bahawa pihak berkuasa Ziois telah memaklumkan jawatankuasa tersebut tentang keputusan penutupan itu.

Bersempena perayaan itu juga, tentera Zionis menutup Masjid Ibrahimi di al-Khalil selama dua hari mulai Rabu.

Lembaga Wakaf Palestin melaporkan bahawa rejim Ziinois telah memaklumkan tentang penutupan tersebut bagi memberi laluan kepada pendatang Yahudi memasuki masjid itu dengan selamat dan bebas.

Ahad lalu Menteri Pengangkutan rejim Zionis, Yisrael Kats, telah menceroboh masuk ke dalam Masjid Ibrahimi di bawah kawalan ketat polis dan tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts