Saya Diutus Tuhan Untuk Membunuh Rakyat Palestin: Pemuda Yahudi

Seorang pendatang Yahudi kelahiran Amerika telah ditangkap atas tuduhan selama 12 tahun melakukan pembunuhan serta melakukan tindakan kebencian serta kejahatan terhadap warga Palestin di Tebing Barat, sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Haaretz pada Isnin lalu (2/11).

Polis Israel mengatakan bahawa Yaakov Teitel berusia 37 tahun mengaku telah membunuh dua warga Palestin dan menanam sebuah bom yang mengakibatkan seorang anak lelaki dari sebuah keluarga Yahudi Mesianik di Ariel mengalami kecederaan yang serius.
Pemuda Yahudi kelahiran Amerika tersebut merupakan pemukim Yahudi Shvut Rachel di wilayah pendudukan Tebing Barat dan bekerja sebagai penjaga pemukiman Yahudi.

Beliau ditangkap pada 7 Oktober di sekitar Al-Quds (wilayah pendudukan Jerusalem) yang dihuni oleh pemukim Ultra-Yahudi.
Penahanan dirinya dirahsiakan oleh pihak polis Yahudi. Pihak berkuasa Israel menemui sebuah gudang senjata, termasuk senapang sniper, sebuah senapang mesin M15, M16 senapang automatik dan pistol Glock, serta peralatan pembuatan bom di rumahnya.
Dia juga mempunyai enam senapang dan tiga pistol, yang diseludup ke Israel dari Amerika Syarikat melalui pengiriman pos.
Teitel membuat ruangan di rumahnya menjadi tempat dia melaukan kajian dengan bahan peledak. Polis mengatakan beliau telah menjadi seorang pakar dalam membuat bom.
Utusan Tuhan

Teitel lahir di Florida dan tinggal di Israel sejak tahun 1990-an.
Dia mengatakan kepada polis, bahawa dia adalah “utusan Allah di Israel” dan tujuannya datang ke Israel pada tahun 1997 untuk membunuh rakyat Palestin.

Dia mengakui bahawa pada bulan Julai 1997, dia telah menembak dan membunuh Sameer Bleesy, seorang pemandu teksi Palestin dari Al-Quds.

Beberapa bulan kemudian, dia menembak dan membunuh Issa Mustafa, dari kota Yatta dekat Tebing Barat kota Al-Khalil (Hebron).
Teitel mengatakan bahawa dalam kedua pembunuhan tersebut dia menggunakan pistol yang dia seludup.

Tidak lama selepas pembunuhan kedua, dia kembali ke AS dan tinggal di sana selama tiga tahun.
Ketika ia kembali ke Israel pada tahun 2000 Polis berjaya mengaitkan dirinya dengan dua pembunuhan warga Palestin. Namun Teitel kemudian dibebaskan tanpa syarat dan lesen pistolnya tidak di rampas.

Menurut Polis rahsia Shin Bet, Teitel juga menanam bahan peledak di hadapan rumah seorang keluarga Palestin di desa Sajur, dekat Ramallah, pada Mac 2003.
Setahun kemudian Teitel memasukkan racun ke dalam botol-botol jus di sebuah desa Palestin berhampiran pemukiman Eli.

Pada April 2007, dia menanam bahan peledak di kawasan pemukiman Arab berhampiran Beit Shemesh.
Teitel mendapat gelaran sebagai seorang Yahudi “teroris” di media Israel.

Sekiranya dirinya disabitkan bersalah, dia akan dimasukan ke dalam sel bersama seorang lagi pembunuh Yahudi iaitu Baruch Goldstein yang telah membantai 29 orang jamaah solat subuh Palestin di dalam masjid Al-Khalil pada tahun 1994.
Pemukim Yahudi yang lain dari wilayah pemukiman Yahudi Shvut Rachel telah ditangkap pada tahun 2005 atas pembunuhan lima warga Palestin.(fq/iol)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts