Universiti al-Quds gantung kuliah selepas diserang tentera Zionis

BAITULMAQDIS, 23 Apr 2018 — Universiti al-Quds di bandar Abu Dis di tenggara Baitulmaqdis terpaksa menggantung kuliah apabila tentera Zionis menyerbu dan menghalang semua bas dan kenderaan awam memasuki kampusnya.

Dalam kejadian pagi tadi, beberapa pelajar cedera dalam pertempuran selepas tentera Zionis menutup laluan ke universiti melalui tembok yang memisahkan bandar Abu Dis dari kota Baitulmaqdis. Penduduk awam Palestin juga tidak dibenarkan ke kawasan sekolah dan sekitar perbandaran.

(PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts