AL-QUDS, 31 Ogos 2014 (Alresalah) — Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa melaporkan tentera Zionis menghalang wanita Palestin daripada memasuki masjid al-Aqsa hari ini.
Pada masa yang sama, sekitar 15 pendatang Yahudi menceroboh masuk ke masjid al-Aqsa dengan diiringi oleh 20 orang pihak perisikan Zionis.
Pihak berkuasa Zionis membina beberapa sekatan di jalan menuju pintu masuk utama masjid dan merampas kad pengenalan penduduk Palestin yang melalui jalan tersebut.