Wanita ini tetap enggan menjual tanahnya walaupun apapun terjadi

TULKAREM, 11 Jan 2017 (SP) — Syaukiyah Hamyadah tetap teguh pendirian untuk bertahan hidup dalam rumahnya walau dalam keadaan seperti tidak lagi layak untuk dihuni, semata-mata kerana tidak mahu menjual kehormatan diri dan bangsa Palestin. Bahkan ianya adalah satu-satunya rumah yang masih berdiri di kawasan berhampiran sempadan itu.

“Seratus ribu juta shekel sekalipun tidak akan dapat membayar secebis tanah ini. Saya tetap tidak akan menjualnya. Bagaimana mungkin saya menjual kehormatan diri dan juga bangsa saya,” tegas Syaukiyah.

Rumah usang di Jabarah, selatan Tulkarem itu terletak kira-kira enam meter dari sebuah pos pemeriksaan tentera Zionis. Jiran terdekatnya tinggal kira-kira satu setengah kilometer dari rumahnya itu.

Menurut beliau, rumah seluas tidak lebih 70 meter persegi itu dibeli sejak 27 tahun lalu, di mana beliau dan suami beserta tiga orang anak perempuannya tetap bertahan walaupun terpaksa hidup dalam serba kesusahan. Pada tahun 2001, tentera Zionis membina pos pemeriksaan Jabarah dan Tembok Pemisah di situ.

Rumah tersebut kini diancam oleh binaan konkrit Tembok Pemisah. Oleh kerana bimbang terhadap masa depan rumah dan tanahnya itu, Syaukiyah mula menanam apa sahaja di atas baki tanahnya.

Beliau telah berkali-kali dipaksa oleh pihak Zionis agar menjual rumah dan tanahnya itu. Bahkan ejen Zionis mengancam bahawa rumahnya itu boleh roboh pada bila-bila masa jika berlaku perubahan dalam kerja melebarkan Tembok Pemisah Zionis.

Namun Syaukiyah menegaskan, “[Sekiranya rumah ini hancur roboh kerana kerja pembinaan tembok] Saya akan dirikan kemah di atas runtuhan rumah itu dan tinggal di atasnya.”

Rejim Zionis kini mula melarang Syauqiyyah memasuki kawasan pohon-pohon zaitun yang ditanam berdekatan rumahnya dengan mengisytiharkan kawasan sebut sebagai zon larangan tentera. Beliau hanya dibenarkan masuk sekiranya membuat permobohan di waktu musim menuai zaitun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts