Pohon gharqad memang dikenali sebagai pohon kaum Yahudi. Perkara tersebut secara tegas dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam salah satu hadis mengenai peperangan di akhir zaman.
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود، فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر، فيقول الحجر أو الشجر: يا مسلم، يا عبد الله، هذا يهودي خلفي، فتعال فاقتله.. إلا الغرقد، فإنه من شجر اليهود” (ذكره في: صحيح الجامع الصغير أيضًا -7427)
“Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon, lalu batu dan pohon itu berkata: Hai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, datanglah, bunuhlah dia! Kecuali pohon gharqad, kerana ia adalah dari pohon-pohonnya orang Yahudi,” (Hadis Riwayat Muslim VII/188, Bukhari IV/51, Lulu ‘wal-Marjan III/308).
Hadis di atas dari segi kekuatan sanadnya termasuk hadis sahih tanpa perbezaan pendapat. Ia merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kenabian Rasulullah SAW yang terkait dengan mukjizat berita yang akan terjadi di masa yang akan datang.
Pohon gharqad, atau nama saintifiknya Nitraria Retusa, merupakan sejenis tanaman semak berdaun kecil dan lebat, dengan ranting yang banyak. Ketika kecil pohon ini hanya berupa semak yang kecil, mustahil untuk dijadikan tempat bersembunyi. Namun ketika sudah besar, tanaman ini memiliki batang yang cukup teguh untuk dipanjat dan rerimbunan daunnya sangat lebat sehingga boleh dijadikan sebagai tempat bersembunyi, walaupun pohon ini tidak begitu tinggi.
Kaum Yahudi sepanjang sejarah Islam selalu berada di bawah perlindungan pemerintahan Islam, kerana Islam melarang memerangi ahlu zimmah (kafir zimmi). Tetapi mereka dimusuhi oleh semua bangsa dan negara, sebagaimana mereka pernah dibantai oleh Nazi Jerman. Ketika Sepanyol dikuasai rejim Katolik, mereka bukan sahaja mengusir umat Islam tetapi juga golongan Yahudi.
Maka selama 14 abad berlalu, hadis ini cukup menghairankan umat Islam. Bagaimana mungkin umat Islam yang selama ini melindungi bangsa Yahudi serta mengharamkan darah mereka, kerana mereka termasuk ahlu zimmah, tiba-tiba akan memerangi Yahudi sampai mati?
Teka-teki hadis ini hanya terjawab pada tahun 1948, ketika kaum Yahudi melakukan kezaliman, penjajahan dan merampas sebuah wilayah Islam merdeka, iaitu Palestin. Dan pada tahun 1967, maksud hadis ini menjadi semakin jelas kerana ternyata bahawa masyarakat Yahudi yang selama 14 abad hidup di bawah perlindungan umat Islam tiba-tiba berubah menjadi serigala liar yang mencetuskan peperangan di bumi Arab. Jelas kini, mereka adalah sebenarnya makhluk buas yang membantai nyawa manusia lain.
Menarik sekali, Yahudi kini sudah bersiap sedia untuk mengharungi episod seterusnya, sebagaimana diberitahu melalui hadis di atas.
Yahudi telah meningkatkan penanaman pohon gharqad sejak sekian lama. Bahkan Yahudi di seluruh dunia sangat dianjurkan untuk menyertai secara aktif program menanam pohon jenis ini di wilayah Palestin yang mereka duduki. Jewish National Fund (JNF) yang ditubuhkan pada tahun 1901 bagi membeli dan membangun tanah di Palestin untuk membina penempatan Yahudi, pada akhir tahun 2007 telah mengumumkan mereka menanam tidak kurang daripada 220 juta pohon gharqad di atas tanah Palestina yang mereka kuasai.
JNF juga mengiklankan bahawa sesiapa sahaja, di ceruk dunia mana sekalipun mereka tinggal, boleh membeli pohon gharqad dan menyumbangkannya untuk ditanam di wilayah yang mereka duduki di atas bumi Palestin.
Yang jelas, hadis di atas membawa berita tentang kemenangan umat Islam ke atas kaum Yahudi yang selama ini tidak henti-henti membuat kerosakan dan kezaliman. Mereka akan terdesak dan hilang akal sehingga terpaksa berlindung di sebalik pokok dan batu. Ini adalah sebuah kepastian yang diberitakan oleh Rasulullah SAW sendiri.