Zaitun Adalah Simbol Perjuangan Kami!

RAMALLAH, 12 Okt 2014 (MEMO) — Musim menuai zaitun tiba lagi! Musim menuai zaitun di Palestin merupakan satu tempoh kegigihan dan perayaan, juga satu musim yang merbahaya kerana ia merupakan musim kemuncak para pendatang dan penyangak Yahudi menyerang petani dan keluarga Palestin dan merompak hasil penduduk Palestin.

Pokok zaitun merupakan simbol kepada Palestin, akarnya menghunjam teguh di atas bumi barakah itu. Kulitnya yang usang dan terluluhawa menyatakan sejarah Palestin sejak berzaman. Sepohon zaitun al-Badawi di perkampungan al-Walaja di Bethlehem dilaporkan berumur 4000-5000 tahun oleh para saintis dari Eropah dan Jepun – pokok yang tertua masih hidup di dunia.

Sejak 1967, rejim Zionis telah memusnahkan sebanyak 1.2juta pokok zaitun di Tebing Barat, al-Quds Timur dan Gaza. Sejak awal Oktober, pendatang Yahudi juga telah mula menyerang petani dan tanaman zaitun mereka, membakar dan mencabut pokok di perkampungan Palestin di Salfit, Nablus dan Bethlehem.

Kempen bagi membantu petani terutamanya di Tebing Barat dianjurkan oleh kesatuan pekerja pertanian, Union of Agricultural Workers Committee (UAWC) di Ramallah. Pengarah UAWC, Khaled Hidmi menyatakan, “Pertanian adalah faktor utama kepada ekonomi Palestin. Musim menuai zaitun menyatukan seluruh keluarga, dari yang muda sampai ke yang tua, dengan tugasan masing-masing.” Relawan bersama para petani menuai hasil bagi menzahirkan solidariti dan menghalang serangan pendatang Yahudi.

Industri minyak zaitun menyumbang sebanyak 14% kepada hasil pertanian, dan menampung keperluan 80,000 keluarga Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts