Zionis akan denda institusi yang memperingati peristiwa Nakba

AL-QUDS, 16 Ogos 2017 — Pihak berkuasa rejim Zionis akan mengenakan denda ke atas mana-mana institusi yang membenarkan bangunan mereka diguna untuk majlis memperingati peristiwa bermulanya penjajahan ke atas tanah Palestin, di bawah “Undang-Undang Nakba.”

Undang-undang yang digubal pada tahun 2011 itu menyebut bahawa mana-mana institusi yang menerima bantuan kerajaan [rejim Zionis] akan didenda sehingga tiga kali ganda bantuan yang diterima sekiranya menolak Israel sebagai sebuah negara “Yahudi berdemokrasi”; menghasut perkauman dan keganasan; menyokong perjuangan bersenjata atau aktiviti keganasan terhadap Israel; atau memperingati “Hari Kemerdekaan” Israel sebagai Hari Nakba Palestin.

Ahad lalu, Peguam Negara Zionis Avichai Mendelbit bertemu dengan Menteri Budaya dan Sukan Zionis Miri Gerev dan bersetuju untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

(DoP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts