Zionis akan kebumi 2 jenazah syuhada Palestin di perkuburan rahsia

AL-QUDS, 16 Ogos 2017 — Menteri Perang Zionis Avigdor Lieberman mengeluarkan arahan supaya jenazah dua syuhada Palestin dikebumikan di tanah perkuburan rahsia yang hanya ditanda dengan nombor.

Jenazah terbabit adalah Musbah Abu Sheih, seorang penduduk Silwan yang menembak dan membunuh dua orang Yahudi di al-Quds pada bulan Oktober 2016, dan Fadi Qunbar, yang berasal dari Jabal al-Mukabber dan merempuh serta membunuh empat askar Zionis pada bulan Januari lalu.

Rejim Zionis masih menahan 250 jenazah syuhada Palestin dengan mengebumi mereka di tanah-tanah perkuburan rahsia sejak beberapa dekad lalu.

Pada awal tahun 2017, kabinet Zionis memutuskan untuk tidak menyerah jenazah mereka yang dikaitkan dengan pergerakan Hamas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts