NABLUS, 28 Jun 2016 (PIC) — Rejim penjajah Zionis semalam membebaskan tahanan Muntaser ash-Shannar, 25, setelah merengkok dalam penjara selama tiga bulan tanpa sebarang pendakwaan.
Mahkamah tentera Zionis di Ofer menamatkan tahanan pentadbiran ke atas jurutera awam yang berasal dari Nablus itu minggu lalu, tetapi pihak perisikan Shin Bet enggan mematuhi keputusan mahkamah dan melanjutkan tahanan selama lapan hari lagi.
Muntaser diculik bersama bapanya, Mustafa, dari rumah mereka di kota Nablus pada bulan April lalu. Bapanya yang merupakan seorang profesor di Universiti an-Najah dibebaskan selepas ditahan selama dua minggu.
Muntaser pernah dipenjara pada tahun 2014 dan dihalang menduduki peperiksaan akhir sebelum menamatkan pengajian di universiti. Ketika itu, beliau dipenjara selama 14 bulan atas tuduhan terlibat dengan pertubuhan yang dikaitkan dengan Hamas. Beliau dibebaskan pada bulan September 2015.