Ringkasan

Zionis Ceroboh Dan Paksa Tutup Sekolah

sekolahNABLUS, 4 Feb¬†2015 (Ma’an) — Tentera Zionis menceroboh masuk ke sebuah sekolah tinggi awal pagi ini, melepaskan tembakan gas pemedih mata dan memaksa pelajarnya meninggalkan sekolah dengan mengancam mereka menggunakan senjata serta menahan pengetua dan pembantunya.

Keganasan tersebut berlaku di kawasan berdekatan perkampungan al-Lubban dan al-Sawiya di selatan Nablus, di mana sekolah berkenaan menempatkan sekitar 400 pelajar dari dua kampung tersebut.

Tentera Zionis dilaporkan menyoal-siasat pengetua sekolah, Adnan Husain, dan pembantunya serta mendakwa pelajar dari sekolah berkenaan telah membaling batu ke arah kenderaan yang dipandu oleh pendatang Yahudi di jalan utama di antara Nablus dan Ramallah.

Sekolah ini turut diceroboh masuk oleh tentera Zionis pada bulan Mac tahun lalu, memaksa sekolah ditutup atas alasan yang sama.

Perkampungan al-Lubban dan al-Sawiya terletak di jalan utama dan hampir dikepung sepenuhnya oleh jaringan penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah penduduk kampung.

Perkampungan ini sering menjadi sasaran serangan pendatang Yahudi dan tentera Zionis. Serangan ke atas penduduk kampung biasanya dibiarkan oleh tentera dan tidak mendapat sebarang dakwaan ataupun hukuman oleh pihak berkuasa.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts