BETHLEHEM, 31 Ogos 2013 (IMEMC) — Rejim Zionis mengumumkan keputusan untuk merampas 1,000 ekar tanah milik rakyat Palestin berdekatan kawasan penempatan haram Yahudi Gush Etzion.
Unit pentadbiran awam tentera Zionis mengumumkan tanah berkenaan sebagai “tanah negara” yang layak digunakan untuk meluaskan penempatan Yahudi. Pemilik tanah berkenaan diberi tempoh selama 45 hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu. Pemiliknya adalah merupakan penduduk Palestin yang tinggal di bandar Surif, Husan, al-Jabaa dan Bethlehem.
Tanah yang terletak 3 kilometer ke timur Garis Hijau berdekatan perkampungan Jaba’a itu dikelilingi oleh blok penempatan Gush Etzion dan tembok pemisah. Tentera Zionis telah meletak papan tanda di atas tanah kebun zaitun itu, memberi amaran bahawa ianya kini dimiliki oleh kerajaan rejim Zionis.
Rompakan tanah terbesar sejak 30 tahun ini disebut sebagai hukuman kepada insiden penculikan dan pembunuhan tiga pendatang Yahudi pada bulan Jun lalu.