GAZA, 13 Sept 2014 (PIC) — Tentera Zionis menembak beberapa bot nelayan Gaza dan rumah-rumah di pantai Khan Younis dan Rafah, sekaligus mencabul gencatan senjata yang dipersetujui di Kaherah bulan lalu.
Insiden terbaharu yang berlaku pada hari Jumaat dan pagi Sabtu itu diikuti dengan satu lagi serangan ke atas bot nelayan di kawasan perairan al-Sudaniya di utara Gaza.
26 kes serangan ke atas bot nelayan dicatatkan setakat ini termasuk kejadian menculik enam nelayan Gaza. Tentera Zionis turut melakukan tiga kali pencerobohan darat ke kawasan Deir al-Balah di tengah Gaza.
Tentera laut Zionis juga dilaporkan membuat tembakan rambang ke arah rumah dan ladang pertanian penduduk Gaza di sepanjang pantai Khan Younis pagi ini.
Dalam perkembangan lain, media Zionis saluran TV Channel 7 melaporkan Hamas mengancam untuk menyerang roket jika rejim Zionis tidak menghentikan sekatan ke atas Gaza sebelum akhir bulan September.