Zionis Tutup Al-Quds, Seru Yahudi Bawa Senjata

AL-QUDS, 9 Okt 2015 (IMEMC) — Rejim Zionis bertindak menutup Kota Lama Al-Quds selepas aktivis dan parti politik Palestin menggesa diadakan protes ke atas pencabulan tentera ke atas penduduk Palestin. Hanya lelaki Palestin yang melebihi 50 tahun dibenarkan masuk untuk bersolat Jumaat di Masjid Al-Aqsa.

Dalam gelombang pertempuran yang tercetus sejak lebih seminggu lalu, tujuh orang penduduk Palestin telah terkorban termasuk seroang kanak-kanak, dan lebih 750 orang yang tercedera ditembak tentera Zionis dengan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata.

Dalam perkembangan berkaitan Datuk Bandar Al-Quds, Nir Baraket, menyeru penduduk Yahudi di situ supaya membawa senjata. Dalam kenyataan beliau, Naraket menyebut bahawa penduduk awam Yahudi yang mempunyai pengalaman operasi peperangan boleh membantu untuk menyekat serangan pengganas.

Semalam, seorang penduduk Palestin dibunuh di Tel Aviv, seorang ditangkap di Al Afoula berdekatan Tel Aviv dan seorang lagi di Al-Quds, atas tuduhan cuba menikam tentera Zionis dan pendatang Yahudi.

Rabu lalu, seorang pendatang Yahudi menembak seorang remaja perempuan Palestin berdekatan Bab Al-Majles sehingga tercedera parah. Pendatang tersebut menuduh remaja tersebut cuba menikam beliau. Polis Zionis turut membuat tuduhan yang melulu, di mana mereka mendakwa remaja tersebut menikam pendatang Yahudi berkenaan di bahagian leher dan kemudan cuba melarikan diri sebelum ditembak.

Namun para saksi memberi keterangan bahawa remaja yang berasal dari Sur Baher itu tidak membawa sebarang pisau atau senjata. Pendatang Yahudi tersebut dikatakan mengganggu dan menghina beliau berdekatan Bab Al-Majles sebelum menanggalkan tudungnya. Remaja itu ditembak apabila cuba menolak pendatang tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts