Zionis Undur Mendadak Dari Rundingan – Abu Marzuq

marzouqKAHERAH, 20 Ogos 2014 (Sahabat-AlAqsha) — Setelah gagal mencapai objektif strategik mereka menyerang penduduk Gaza sejak 7 Julai lalu, rejim Zionis akhirnya memutuskan untuk berunding secara tidak langsung dengan delegasi Palestin di Kaherah. Namun semua tuntutan rakyat Palestin ditolak oleh rejim pengganas itu, malahan memaksa perlucutan senjata dari seluruh mujahidin dan rakyat Gaza.

Sesudah dua kali gencatan senjata sementara selama 72 jam yang kemudiannya dilanjutkan selama 24 jam lagi, rejim Zionis yang telah membunuh lebih 2,000 penduduk Gaza dan mencederakan secara parah lebih 10,000 orang yang lain tetap menolak semua tuntutan rakyat Gaza yang dicadangkan dalam rundingan damai.

Enam tuntutan rakyat Gaza adalah seperti berikut:
1. Tempoh gencatan senjata selama 10 tahun.
2. Penarikan kembali semua tentera Zionis dari seluruh wilayah Gaza.
3. Melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian damai pada tahun 2012.
4. Dihentikan sekatan atau pengepungan haram ke atas Gaza.
5. Pembinaan pelabuhan serta dibebaskan perairan laut Gaza.
6. Pembangunan lapangan terbang dan dibebaskan ruang udara Gaza.

Lewat malam tadi, secara tiba-tiba rejim Zionis mengumumkan jatuhnya tiga roket dari Gaza di wilayah mereka.

Benjamin Netanyahu secara mendadak memerintahkan supaya dihentikan rundingan dan penarikan semua delegasi Zionis dari Kaherah.

Berikut adalah kenyataan rasmi Dr. Musa Abu Marzuq yang merupakan wakil Ketua Biro Politik Hamas dan salah seorang anggota delegasi perundingan Palestin di Kaherah yang telah disiarkan melalui laman Facebook beliau:

“Dalam satu langkah yang tidak disangka, rejim Zionis mengumumkan jatuhnya tiga roket ke atas (wilayah) mereka.

(Benjamin) Netanyahu menyatakan agar dihentikan rundingan, menarik balik delegasi, dan mengakhiri gencatan senjata, di tengah kebingungan semua pihak. Kami tidak mengetahui alasan dari langkah-langkah ini.

Tidak lama kemudian berita dikeluarkan, bahawa tidak ada roket yang dilancarkan dari Gaza, namum semua itu hanya dalih untuk menyasarkan para pemimpin Hamas.

Maka setelah penarikan delegasi dan penghapusan gencatan senjata, terjadilah kejahatan terbaharu di rumah keluarga Al-Dallu dan telah syahid di dalamnya isteri pemimpin besar Abu Khalid Muhammad Adh-Dheif dan bayi perempuannya. Semoga Allah merahmati keduanya dengan rahmatNya yang luas. Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali.

Melalui tindakannya ini, Netanyahu telah menambahkan pembohongan yang tercatat dalam kejahatan baharu dalam senarai panjang kejahatannya ke atas penduduk awam, melanggar perjanjian dan persetujuan. Dan pada akhirnya Netanyahu telah menegaskan kepada kita semua, bahawa tidak ada lagi tempat bagi ketulusan.”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts