“Amerika Syarikat dan Israel: Kau dan aku tidak mungkin dipisahkan.”

Ramai di antara kita yang sangat bangga dan megah, malah merasakan amat bertuah sekiranya mendapat peluang berada di bumi Amerika Syarikat sama ada untuk tujuan belajar, bekerja atau melancong.

Apabila telah berhasil membawa pulang segulung ijazah bercop “ dari Amerika” maka kita merasakan telah mendapat ilmu dari bumi yang mempunyai univeristi-universiti yang paling tersohor dan canggih di dunia.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa negara Amerika yang kita puja-puji itu sebenarnya adalah sebuah negara yang telah membiayai tindakan pembunuhan, penghapusan etnik Arab Palestin, pengusiran dan perampasan kuasa oleh ‘kekasihnya’ iaitu Israel ke atas rakyat Palestin. Hatta Amerika dan Israel laksana sepasang kekasih yang tidak mungkin terpisahan walaupun Amerika terpaksa menanggung beban perbuatan Israel atau dalam epilog cinta Romeo dan Juliet sanggup mengakhiri nyawanya dengan meminum racun!

Tidakkah kita sedar dan rasa terancam keimanan kita apabila mengetahui bahawa rancangan ‘kekasih’ Amerika itu sejauh menakluki keseluruhan timur tengah tidak terkecuali kota Makkah Mukarramah? Ini adalah agenda tersembunyi si Israel jahanam. Dimanakah letaknya keimanan kita sekiranya kita masih menyokong Amerika dan dasar luarnya?

Sebelum kita pergi jauh lagi, marilah kita selami apakah yang terjadi kepada Amerika Syarikat terutama kepada sikap dan dasar luar negara serta polisi timur tengahnya.

Di awal kurun ke 20 Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang mengamalkan polisi mengasingkan diri dari masyarakat dunia. Disebabkan polisi ini, maka Amerika Syarikat tidak terlibat di dalam Perang Dunia yang pertama.

Namun dengan mendadaknya Amerika Syarikat telah menukar polisi luar negaranya dan membuang sikap memencilkan diri dan bergabung dengan tentera bersekutu di dalam Perang Dunia yang kedua.

Ini diikuti pula terutamanya selepas Peperangan 6 hari tahun 1967 di mana Amerika Syarikat telah menyatakan sokongannya kepada Israel dan tindakan Israel di Timur Tengah khususnya di Baitul Muqaddis dan Palestin.

Sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi Amerika kepada ‘kekasihnya’ Israel telah membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati negara-negara Timur Tengah dan masyarakat Islam dan seterusnya telah menggugat keselamatan Amerika Syarikat itu sendiri dan sekutu-sekutunya. Dari senario ini maka jelaslah bahawa Amerika Syarikat sanggup berkorban apa sahaja (walaupun keselamatan diri sendiri) demi Israel.

Apakah yang sebenarnya yang membuatkan Amerika menyokong Israel sehingga sanggup menggadaikan keselamatannya?

Ini tidak lain adalah kerana politik dalaman Amerika itu sendiri. Politik dalaman Amerika sebenarnya telah dikuasai sepenuhnya oleh ‘tangan ghaib’ yang dipanggil Lobi Israel (Israel Lobby di dalam bahasa Inggeris)

Lobi Israel ini telah berjaya membuatkan Amerika tunduk kepada setiap kehendaknya tanpa bantahan. Keadaan ini seolah-olah memberikan gambaran yang Amerika telah terkena kuasa ‘sihir hitam’ Lobi Israel ini.

Melalui sebaran media pentadbiran Amerika, Lobi Israel ini telah berjaya mengaburi mata seluruh rakyat Amerika agar menyokong agenda dan tindak tanduk negara mereka sendiri.

Rata-rata, rakyat Amerika Syarikat telah tertipu mindanya, tertutup penglihatannya dan tertuli telinganya gara-gara parasit Lobi Israel ini.

Parasit Lobi Israel ini lebih berbahaya dari mana-mana parasit yang pernah ditemui di dunia ini. Parasit inilah yang telah menghisap darah, keringat, usaha dan minda rakyat Amerika. Parasit ini adalah pengikut ajaran Talmud yang setia sepertimana yang diajarkan Talmud iaitu: “Orang-orang non Yahudi dicipta sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi” (Midrasch Talpioth 225)

Sejak peperangan bulan Oktober 1973, Washington telah memberikan bantuan dan sokongan kepada Israel melebihi dari bantuan yang diberikan kepada negeri-negeri di dalam Amerika itu sendiri.

Israel adalah negara yang menerima bantuan tahunan yang paling besar dan tertinggi setiap tahun. Bantuan ini terdiri dari segi ekonomi dan ketenteraan. Maka dengan itu tidaklah menghairankan bahawa serpihan-serpihan bom dan peluru berpandu yang jatuh di bumi Gaza tertera “made in US”.

Bantuan kewangan dan ekonomi kepada Israel adalah lebih besar dari apa yang dibelanjakan oleh Amerika Syarikat semasa Perang Dunia ke 2. Sebanyak 140 bilion US Dollar(USD) telah didermakan secara murah hati kepada Israel.

Setiap tahun Israel menerima lebih kurang 3 billion USD, iaitu satu perlima dari perbelanjaan bantuan luar negara Amerika Syarikat. Dianggarkan setiap rakyat Yahudi Israel menerima 500USD setahun.

Setiap negara penerima bantuan kewangan Amerika untuk tujuan ketenteraan diarahkan membelanjakan wang bantuan tersebut dengan membeli barang-barang ketenteraan dari Amerika.

Namun Amerika telah membenarkan Israel menggunakan 25% wang pembiayaan ketenteraan itu untuk membina dan mengembangkan industri ketenteraan di negara Israel sendiri. Israellah satu-satunya negara yang tidak akan disoal mengenai cara perbelanjaan, bagaimana wang tersebut digunakan dan untuk apa ianya dibelanjakan.

Ini memudahkan lagi Israel untuk membelanjakan wang bantuan itu untuk meluaskann penempatan Yahudi di Baitul Muqaddis dan Tebing Barat di mana Amerika sendiri tidak bersetuju dengan penguasaan secara total Israel ke atas Tebing Barat.

Bukan itu sahaja, Amerika telah membenarkan Israel menggunakan alat-alat dan operasi ketenteraanya seperti helicopter ‘Blackhawk’, jet pejuang F-16 dan menutup mata akan operasi Israel untuk membangunkan senjata nuklear. Amerika juga membenarkan Israel memasuki dan menggunakan kemudahan dan sistem perisikannya yang di mana sekutu Amerika sendiri iatu NATO tidak diberi kebenaran untuk memasuki jaringan perisikan tersebut.

Gambar di atas menunjukkan serpihan peluru berpandu (missile surface) yang jatuh di bumi Gaza. Perhatikan ada tanda US di atas kod peluru berpandu tersebut.

Bersambung, insyaAllah.

Susunan: Dr Kursiah Mohd Razali. (HALUANPalestin)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts