Program tajaan halakah al-Quran untuk anak-anak Gaza bermula sejak tahun 2017.

Program ini melibatkan kos bulanan sebanyak RM60 untuk setiap pelajar.

Kanak-kanak mengikuti kelas hafazan al-Quran di beberapa buah msjid terpilih di seluruh Gaza, termasuklah Masjid Lama Al-Ajmi di perkampungan az-Zaituna, kota Gaza.

Bagi bulan Julai 2020, seramai 130 pelajar halakah tahfiz al-Quran di Masjid at-Taubah, Gaza, mendapat manfaat program tajaan ini.