Akademi al-Quran dan as-Sunnah Gaza

Institusi pendidikan tinggi bagi melahirkan asatizah dan pemikir Islam yang bakal bertugas sebagai pendidik di masjid-masjid di sekitar Gaza.

Akademi al-Quran dan as-Sunnah dibina di Jabaliya, utara Gaza, dengan kerjasama rakan-rakan NGO dari Indonesia iaitu Sahabat al-Aqsha dan Radio Rodja. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyeh, pada 4 Feb 2016. Akademi ini ditadbir urus oleh Darul Quran al-Karim dan as-Sunnah Gaza.

Akademi ini melahirkan para asatizah dan pemikir Islam yang bakal bertugas sebagai guru di masjid-masjid di sekitar Gaza. Selain memberi pendidikan, ia sekaligus menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan pekerjaan kepada penduduk Gaza yang miskin tetapi berkelayakan.

Pada upacara graduasi sulungnya, akademi in telah berjaya melahirkan 500 guru Al-Quran wanita yang berkelayakan.

 

Oleh kerana dana yang terhad, HALUAN kini hanya mampu menaja program-program pengajian secara khusus di sini, bagi bakal-bakal guru wanita.