Warna-Warni Palestin

Al-Ja’una – penduduknya dihalau keluar sejak 1948

Al-Ja’una adalah sebuah perkampungan Palestin yang dikosongkan pada tahun 1948. Ia terletak kira-kira lima kilometer ke timur kota Safad di Galilee berdekatan Lembah Jordan. Peristiwa menghalau penduduk keluar dari al-Ja’una berlaku pada tahun 1948.

Walaupun tentera Zionis menduduki perkampungan tersebut, sebahagian penduduk kekal tinggal di situ sehingga bulan Jun 1949 apabila mereka dipaksa keluar, bersama penduduk-penduduk di dua buah perkampungan berdekatan.

Pada 5 Jun 1949, gerombolan trak tentera Zionis mengepung perkampungan-perkampungan terbabit, memaksa semua penduduk menaiki trak secara brutal – ditendang, dimaki dan dipukul.

Kebanyakan rumah mereka masih kekal hingga ke hari ini, sebahagiannya telah diduduki oleh pendatang Yahudi sementara sebahagian lagi ditinggalkan tanpa penghuni. Ada juga rumah-rumah binaan batu itu telah dimusnahkan.

(Day of Palestine)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram