Global Sumud Flotila : Israel larang bantuan masuk ke Gaza, kecuali jika turun ke Pelabuhan Ashkelon

Kerajaan Israel bersedia untuk membenarkan kapal flotila ke Gaza berlabuh di pelabuhan Ashkelon, sebagai laluan alternatif untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.

AFP melaporkan Kementerian tersebut menegaskan bahawa pihaknya tetap tidak akan membenarkan flotila menembusi sekatan laut terhadap Gaza, tetapi membuka ruang bagi penghantaran bantuan secara sah dan terkoordinasi melalui Ashkelon.

“Jika hasrat sebenar flotila ialah menghantar bantuan kemanusiaan dan bukan menyokong kepentingan Hamas, Israel menggesa kapal berlabuh di pelabuhan Ashkelon dan memunggah bantuan, sebelum dipindahkan ke Gaza secara berkoordinasi,” kata kementerian tersebut.

Israel menegaskan zon perairan berhampiran Gaza diklasifikasikan sebagai kawasan konflik aktif, dan sebarang cubaan menceroboh dianggap sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts