Warna-Warni Palestin

Dihalang Untuk Dapatkan Rawatan, Pelukis Palestin di Gaza Meninggal Dunia

Pelukis Palestin berumur 77 tahun, Fathi Ghaben meninggal dunia pada Ahad lalu di Gaza. Kementerian Kebudayaan Palestin memberitahu pihak penjajah menghalangnya daripada meninggalkan Gaza bagi menerima rawatan di luar negara.

“Pemergian Ghaben adalah satu kehilangan kepada Palestin” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Ghaben mengalami masalah paru-paru dan perlu ke luar negara untuk menyelesaikan rawatannya akibat kekurangan ubat dan oksigen di Gaza, tetapi dihalang oleh penjajah.

Beliau dilahirkan di kampung Harbia, Utara Gaza pada tahun 1947. Ibunya membawanya semasa Nakbah dan menjalani kehidupan di kem Jabaliya. Ghaben juga berkerja sebagai penasihat di Kementerian Kebudayaan yang memenangi banyak anugerah antarabangsa sepanjang kerjaya seninya.

Antara karya Ghaben

Palestin sentiasa wujud dalam setiap karya Ghaben” kata Menteri Kebudayaan Palestin, Atef Abu Seif. Beliau sentiasa mengabadikan kehidupan perkampungan Palestin yang dipadamkan oleh Nakbah, sambil mengingati kampung kelahirannya iaitu Harbia” kata menteri lagi.

Kesan pengeboman di Gaza telah menjadikan ramai orang seni mati, manakala berpuluh pusat kebudayaan, muzium dan perpustakaan telah musnah.

“Gaza kehilangan salah seorang gergasi dalam dunia seni! Aku berbangga mengenali Fathi Ghaben. Lukisan beliau boleh dilihat pada kebanyakan dinding. US dan Israel boleh musnahkan karyanya tetapi generasi penggiat seni Gaza akan sentiasa mengingati beliau” kata Dr Abusalama menerusi platform X.

Penulis : Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email