Israel Gagal Menembusi Selatan Lubnan Dalam Penjajahan Darat

Pada 4 Oktober 2024, cubaan tentera penjajahan Israel (TPI) untuk menjajah selatan Lubnan semakin lengkap data perihal peristiwa yang berlaku. Ternyata memang benar TPI cuba melintas masuk namun mereka telah diserang hendap oleh tentera resistance dari Hizbullah.

Pada 02 Oktober 2024, Israel mengumumkan bahawa 8 tentera penjajah miliknya maut dalam serangan hendap oleh Hizbullah. Tentera penjajah yang terkorban ini adalah sebahagian dari unit komando Israel yang dipanggil sebagai “Egoz”.

Walaupun angka ini bukan merupakan angka korban yang sebenar (kerana Israel menyorokkan angka sebenar sebagai strategi perang), hal ini membuktikan bahawa perang face-to-face antara TPI dan Hizbullah telah bermula.

Israel turut mengakui bahawa tenteranya turut diserang ketika operasi bagi menyelamatkan tentera yang telah diserang hendap. Menyebabkan 2 tentera penjajah dari unit Golani turut terbunuh. Hizbullah juga berjaya menghancurkan 3 kereta kebal Merkava milik TPI. Selain operasi tentera darat, Hizbullah turut berterusan menyerang bandar-bandar Israel menggunakan roket, 40 roket dilancarkan ke Safad, dan 10 ke arah al-Jalil dan Haifa.

Serangan penjajahan Israel ke atas Lubnan ini disokong oleh negara teroris terbesar iaitu Amerika Syarikat. Pegawai-pegawai Amerika Syarikat mengakui bahawa mereka menyokong serangan Israel ke atas Lubnan. Namun dimata awam, mereka berpura-pura kononnya mereka mahukan Israel menghentikan serangan, ini bagi mengurangkan tekanan domestik dan diplomatik ke atas mereka.

Dalam masa yang sama, Amerika Syarikat terus menghantar bom dan pesawat setiap hari bagi membunuh bayi, kanak-kanak, dan wanita di Lubanan. Lakonan Amerika Syarikat ini merupakan lakonan yang sama seperti yang mereka lakukan di Gaza kononnya mereka mahu berunding bagi mencapai genjatan senjata, walhal mereka sedang membeli masa untuk pengganas zionis bagi membolehkan mereka terus membunuh lebih ramai wanita dan kanak-kanak di Gaza.

Sumber resistance di Lubnan juga telah mengeluarkan laporan lengkap bagaimana TPI diserang hendap apabila mereka cuba melintas masuk ke Lubnan. Menurut sumber resistance, pergerakan unit peninjau TPI diperhatikan sejak awal pagi Selasa, 01 Oktober 2024 di Odeisseh.

Sebuah kenderaan perisai yang ditinggalkan oleh tentera penjajahan Israel (TPI) di Kampung Kfar Kila, Selatan Lubnan selepas mereka diserang hendap oleh Hizbullah.

Skuad peninjau ini dibiarkan sahaja untuk meninjau dan kembali dengan selamat. Ini dilakukan agar skuad yang lebih besar dan sebenar untuk masuk ke dalam perangkap. Pihak resistance kemudian bersedia dan memasang perangkap di kawasan strategik untuk pasukan TPI yang mara.

Lebih 30 askar TPI kemudiannya masuk ke dalam perangkap ini dan diserang hendap menggunakan senjata api dan pelancar peluru RPG. Ramai tentera TPI yang terkorban, ini menyebabkan mereka meminta bantuan tentera udara mereka untuk perlindungan bagi menjalankan operasi menyelamat.

Pihak resistance juga mengumumkan pada 03 Oktober 2024, sebanyak 32 operasi dijalankan bagi menyerang posisi tentera haram Israel. Antara kawasan operasi ini adalah di Maroun al-Ras dan Yaroun. Berdasarkan maklumat dari bilik operasi, seramai 17 tentera penjajah tercedera atau terbunuh.

Selain itu, Operasi Khaybar diteruskan dengan pelancaran roket Fadi-2 ke atas markas tentera Nesher di Haifa. Serangan juga dilakukan ke atas Pengkalan Sakhnin yang merupakan pengkalan industri ketenteraan Israel di Haifa. Sumber-sumber resistance juga memaparkan gambar kenderaan tentera Israel yang ditinggalkan di kampung-kampung di Selatan Lubnan apabila tentera Israel berundur selepas teruk diserang.

Menurut wartawan Lubnan, Rania Khalek, siri pertempuran pertama di Selatan Lubnan yang menyaksikan pihak resistance berjaya menghalau tentera TPI menunjukkan bahawa tentera resistance tidak meninggalkan posisi mereka walaupun Israel melancarkan kempen pengeboman dari udara hampir selama 360 hari.

Pihak resistance juga dapat memerhati dengan teliti pergerakan tentera Israel. Ini akan merobohkan rasa “over-confidence” pihak TPI yang akan menyebabkan mereka terpaksa mengubah strategi mereka.

Serangan Dari Medan-Medan Lain ke Atas Israel

Gambar setelit menunjukkan kemusnahan di Pengkalan Udara Nevatim yang dibedil peluru berpandu hipersonik Iran.

Selain dari peperangan di Lubnan, serangan dari medan-medan lain  terus dilancarkan oleh pihak resistance ke atas posisi Israel dan Amerika Syarikat. Sebuah dron telah menyerang Herzilya, manakala 4 dron dari Yaman menyasarkan Tel Aviv. Pada 03 Oktober 2024, sumber TPI mengakui lebih 24 dari tentera mereka tercedera, manakala 2 terbunuh dalam serangan dron yang dilancarkan dari Iraq ke atas markas tentera mereka di Bukit Golan.

Di Gaza, tentera resistance dari Hamas berjaya melakukan serangan hendap ke atas kedudukan tentera TPI di Khan Yunis berdekatan kawasan al-Fakhri. Antara aset yang berjaya dimusnahkan adalah kenderaan kejuruteraan, kereta kebal Merkava-4, dan juga bulldozer D9.

Kesan bedilan peluru berpandu hipersonik Iran ke atas Pengkalan Udara Nevatim.

Serangan peluru berpandu hipersonik Iran sebelum ini juga ternyata memberi kesan yang teruk kepada Israel. Pada peringkat awal, mereka cuba menafikan kejayaan bedilan Iran, namun kemudiannya mereka mengakui, peluru hipersonik Iran berjaya membedil markas tentera udara mereka.

Pengakuan ini dilakukan kerana imej-imej satelit mula keluar memaparkan kerosakan yang berlaku. Terdapat sumber yang menyatakan 20 pesawat berjaya dimusnahkan. Menurut Professor Jeffrey Lewis dari Middlebury Institute, sebanyak 32 impak peluru berpandu dapat dilihat dari imej satelit di Pengkalan Tentera Udara Nevatim.

Kesan bedilan peluru berpandu hipersonik Iran ke atas Pengkalan Udara Nevatim.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts