Jentolak Israel digunakan untuk memusnahkan ratusan ladang di Kampung al-Mughayyir dekat Tebing Barat semalam dengan kehadiran tentera Zionis.
Kebanyakannya dipercayai ladang pokok zaitun yang penting kepada ekonomi dan budaya di wilayah berkenaan.
Sejak sekian lama, kebun pokok zaitun menjadi titik panas pertembungan berdarah antara petani Palestin dan peneroka haram Israel.
Seorang petani tempatan dari kampung berdekatan Ramallah, Abdelatif Mohammed Abu Aliya, berkata dia kehilangan pokok zaitun berusia lebih 70 tahun di kawasan seluas kira-kira 0.4 hektar.
Penduduk kampung terbabit memberitahu kerja menebang dan memusnahkan kebun berkenaan bermula sejak Khamis lalu.