Regim Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malah, Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza.
“Satu serangan berlaku 100 meter dari pusat operasi bantuan kemanusiaan dijalankan di Deir al-Balah.” Ujar Dujarric.
Situasi getir ini akan diteruskan bagi memastikan operasi bantuan kemanusiaan dapat dilaksanakan.