Kapal Utama Flotilla ke Gaza Diserang Dron Israel

Kapal utama misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dikenali sebagai “Family Boat” dilaporkan diserang dron di perairan Tunisia, sehingga menyebabkan kebakaran ketika dalam pelayaran menuju Gaza.

Menerusi perkongsian Rahmat Ikhsan, salah seorang peserta misi kemanusiaan berkenaan, kejadian itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Salah satu kapal laut kami diserang dron dan terbakar. Semua bertenang kerana tiada kemalangan jiwa.

Menurut Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) Ahmad Musa Al-Nuwayri Karuzzaman kapal tersebut dinaiki Greta, Thiago dan Yasemin.

Serangan ini merupakan satu amaran oleh pihak Israel terhadap peserta.

Namun menurut penganjur utama, misi ini tetap akan diteruskan dan tidak akan melemahkan semangat demi memecah kepungan yang dialami oleh penduduk Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts