Keluarga Dughmush yang korup termasuk Abu Syabab bukan barisan pejuang Palestin

Mohamed Abo Oun (juga seorang penduduk Gaza) menyatakan keluarga Dughmush dan pengasasnya bukanlah pengasas atau anggota HAMAS.

Mereka adalah kumpulan organisasi pejuang yang wujud sebelum HAMAS mengambilalih pentadbiran Gaza.

Menyatakan keluarga Dughmush dan kumpulan berkaitan sebahagian daripada muqowamah pada hari ini adalah tidak berasas dan mengelirukan.

Tambah Abu Oun lagi, Abu syabab dan individu korup, pembunuh dan pengkhianat tidak pernah bersama HAMAS dan bukan sebahagian daripada muqowamah.

Sejak era HAMAS mengambil alih Gaza, sebahagian ahli keluarga Dughmush dikenalpasti terlibat dalam kegiatan haram termasuk menyeludup senjata, jenayah terancang dan mencabar pihak berkuasa tempatan.

Tindakan tegas diambil untuk menghapuskan elemen rasuah dan pengkhianatan dalam masyarakat.

Tindakan yang diambil memfokuskan kepada individu yang bermasalah dalam keluarga tersebut.

Abu Oun menambah, dalam konteks semasa, beberapa individu daripada keluarga berkenaan kembali aktif dengan menjalinkan kerjasama dengan Israel dan mereka turut dilindugi oleh askar Zionis.

Keluarga Abu Syabab ketika ini telah menolak dan mengutuk perbuatan pengasasnya yang bersekongkol dengan Israel.

Mereka yang bersama israel bukannya pejuang kemerdekaan Palestin tetapi adalah pengkhianat yang memperalatkan penderitaan rakyatnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts