Mantan Pegawai AS Dakwa Malaysia Jadi Pusat Operasi HAMAS

Jonantan Schanzer, mantan penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), dikecam selepas mendakwa Malaysia telah lama menjadi pangkalan operasi HAMAS.

Beliau turut menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berminat dengan perdamaian.

Dalam satu ciapan di platform X, Schanzer menulis,

“Malaysia sudah lama menjadi tuan rumah kepada anggota HAMAS. Perdana menterinya langsung tidak berminat dengan perdamaian.”

Kenyataan tersebut dibuat sebagai respons terhadap ucapan Anwar Ibrahim yang menegaskan pendirian Malaysia menyokong Palestin, selain menggesa hubungan diplomatik dengan Israel diputuskan susulan serangan berterusan di Gaza dan rampasan tanah di Tebing Barat.

Hantaran tersebut yang dimuat naik oleh Schanzer telah meraih hampir satu juta tontonan.

Sebahagian besar respons datang daripada pengguna media sosial Malaysia yang membidas dakwaannya, mempertahankan pendirian pro-Palestin kerajaan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts