Menteri Pertahanan : MALBAT boleh serang balas rejim Israel jika kedudukan terancam.

Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan boleh membuat serangan balas terhadap rejim Israel sekiranya kedudukan mereka diancam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyatakan serangan balas itu selaras garis panduan mengenai langkah perlindungan seperti yang ditetapkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

“Jika berlaku serangan (oleh tentera Israel), dari segi kalau untuk ‘self defence’ (mempertahankan diri) memang boleh (serang balas), untuk kita membalas tembakan dan sebagainya.

“Tetapi kalau untuk lakukan ‘offensive attack’ (serangan ofensif), maka itu tidak dibenarkan kerana peranan dan tanggungjawab pasukan UNIFIL ini adalah sebagai pengaman. Kalau dia diserang (dan) untuk ‘self defence’ (mempertahankan diri), maka ia (serangan balas) boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang bertanyakan sama ada pasukan MALBATT Malaysia di Lubnan boleh membuat serangan balas jika diserang tentera rejim pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Kredit Berita Harian

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts