Warna-Warni Palestin

Musim menuai anggur di Gaza dibayangi kemurungan ekonomi

GAZA, 5 Ogos 2020 — Petani Gaza bersyukur dengan cuaca yang baik dan hujan yang mengcukupi, mereka berjaya menuai anggur yang agak banyak pada musim ini.

Bagaimanapun sekatan berterusan oleh rejim Zionis dan Mesir sejak 14 tahun lalu membuatkan hasil tersebut tidak membantu pendapatan para petani, kerana sukar menjualnya.

Sebelum dikenakan sekatan, Gaza mengeksport buah, sayuran dan bunga sehingga ke Eropah. Namun kini bekalan menjadi berlambak kerana permintaan pasaran amat rendah walaupun dijual pada harga yang lebih murah. Mengharukan lagi, harga anggur yang dibawa masuk dari Mesir dan Tebing Barat adalah lebih murah berbanding anggur tempatan, akibat kemurungan ekonomi dan serangan berterusan tentera Zionis yang memusnahkan sebahagian besar kebun pertanian. Sehinggakan pihak berkuasa di Gaza terpaksa mengharamkan anggur import.

Tahun ini, petani Gaza berhadapan dengan cabaran baharu iaitu kesan buruk pandemik virus korona. Ini menjadikan buah anggur sebagai makanan mewah yang mampu dibeli oleh sebilangan kecil sahaja. Mereka perlu berbelanja untuk barangan yang lebih asasi, seperti ayam.

(MEMO, Al-Jazeera)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email