Warna-Warni Palestin

Warna-Warni Palestin – Jun 2020

Dalam bulan Jun 2020, tentera penjajah Zionis menembak mati seorang pemuda Palestin Ahmad Mustafa Erakat, 26, yang sedang memandu kenderaan di sekatan Container berdekatan bandar Abu Dis di kota Baitulmaqdis Timur.

Juga dalam bulan Jun, Rami Saad al-Ghalban, 43, meninggal dunia akibat kecederaan ketika menyertai perhimpunan Great Return March di sempadan Gaza pada bulan Ogos 2018.

Juga di Gaza, dua bayi meninggal dunia apabila rejim Zionis menghalang mereka mendapatkan rawatan di luar wilayah yang dikepung sejak 13 tahun lalu itu.

Sementara itu, seramai enam penduduk Palestin meninggal dunia akibat pandemik Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 11 orang.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram