Palestin Sepanjang Sejarah

Palestin Sepanjang Sejarah

Mukadimah

Palestin merujuk kepada sebuah wilayah di bahagian barat daya Syam. Ia terletak di persisiran Laut Mediterranean di Asia Barat. Wilayah ini merupakan bulatan penyambung di antara Asia dan Afrika dengan keistimewaannya yang terletak dekat dengan Eropah. Sempadan utaranya bertemu Lubnan, timur lautnya Syria, timurnya Jordan dan selatannya Mesir. Keluasan kawasan yang diiktiraf sebagai Palestin mencecah seluas 27,000 kilometer persegi. Palestin menikmati cuaca dan iklim Laut Meditteranean.

Bumi Palestin merupakan sebuah kota tamadun tertua di dunia. Menurut kajian kesan sejarah moden, Palestin adalah tanah pertama yang menyaksikan penempatan manusia dan pertanian iaitu sebelum kira-kira 9,000 tahun Sebelum Masehi. Satu per empat daripadanya telah terdiri Kota Ariha, bandar paling tua dalam sejarah iaitu kira-kira 8,000 tahun Sebelum Masehi, yang sehingga kini masih makmur dan kaya dengan tamadun.

Bumi Palestin memiliki kedudukan yang besar dalam hati setiap Muslim sebagai tanah yang suci dan berkat sebagaimana tersurat di dalam teks al- Quran al-Karim. Padanya terletak Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama orang Islam dan juga masjid ketiga umat Islam. Ia juga merupakan bumi Israk Rasul SAW. Selain merupakan bumi para nabi, telah juga lahir padanya dan wafat dalamnya serta bersemi bersama tanahnya ramai dari kalangan para nabi yang disebut di dalam al-Quran.

Di dalam Islam ia dikira sebagai tempat mahsyar dan mansyar (pada hari akhirat) serta tanah pusaka Islam. Orang yang bermukim di sana dikira mujahid di jalan Allah, sebagai pusat golongan yang mendapat pembelaan yang teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat.

Bumi Palestin juga merupakan tanah suci bagi orang Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggap ianya tanah yang dijanjikan dan paksi sejarah mereka serta persemadian para nabi mereka. Di sisinya tempat suci mereka iaitu al Quds dan al Khalil. Manakala Nasrani menganggapnya sebagai tempat lahir agama mereka yang mana Isa AS telah dilahirkan dan tapak permulaan dakwahnya. Di sini juga terletaknya pusat-pusat keagamaan mereka yang besar seperti di al Quds, Bait Lahm dan an Nasirah.

Orang Muslim beriman bahawa mereka adalah pewaris yang sebenar kepada pusaka-pusaka nabi Dawud, Sulaiman dan nabi-nabi Bani Israel dan orang-orang soleh mereka, dari mereka yang pernah memerintah Palestin sejak zaman-berzaman di bawah panji Tauhid (meninggalkan Allah dalam pengabdian dan keimanan); kerana orang Muslimlah yang mengangkat panji Tauhid selepas mereka, dan melalui resam nabi-nabi. Orang Muslim yakin bahawa orang Yahudi telah terpesong dari kebenaran dan menyelewengkan kitab-kitab mereka, membunuh nabi-nabi mereka serta mendapat laknat dan kemurkaan Allah.

Semasa pemerintahan Yahudi dan Nasrani ke atas Palestin, terutamanya Baitul Maqdis, mereka telah menyekat dan menolak kehidupan masyarakat berbilang agama dengan penganut agama lain dan melebihkan pengikutnya serta berusaha menghapuskan selain mereka. Adapun orang Muslim sikap mereka dibina di atas tolak ansur dan menerima kehidupan majmuk serta memelihara hak-hak orang lain dan membelanya.

Yahudi Tidak Memiliki Hak di Bumi Palestin

Sesungguhnya bangsa yang paling lama menduduki Palestin dan sekitarnya adalah bangsa Kan’an yang telah berhijrah dari Semenanjung Arab sejak sekitar 4,500 tahun. Pada waktu itu Palestin dikenali dengan nama Tanah Kan’an dan bangsa Palestin yang ada hari ini adalah susur galur Kan’an. Kemudian mereka bercampur dengan bangsa-bangsa Timur Laut Mediterranean Balsat atau dikenali sebagai Palestin dan kabilah-kabilah Arab. Walaupun Palestin telah diperintah oleh berbagai kaum dalam satu-satu masa, bangsa Palestin tidak pernah terputus dari terus menghuni tanah mereka. Penduduk Palestin sendiri sebahagian besarnya telah memeluk Islam dan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa mereka sejak kedatangan Islam. Fakta ini ditegaskan lagi dengan kewujudan syiar-syiar Islam bagi bumi Palestin sejak zaman pembukaan Palestin pada tahun 15 Hijrah/636 Masehi sehingga sekarang, walaupun sebahagian dari penduduknya telah dikeluarkan secara paksa oleh rejim Zionis sejak tahun 1948.

Sesungguhnya dakwaan hak Yahudi ke atas Palestin telah kabur dengan hak Arab dan orang Muslim terhadap tanah mereka. Bangsa Palestin telah memakmurkan bumi Palestin kira-kira 1,500 tahun sebelum terdirinya negara Yahudi, bahkan kewujudan mereka berterusan semasa pemerintahan Yahudi sehinggalah Yahudi telah terpisah dari Palestin sampailah ke hari ini. Yahudi hanya memerintah sebahagian daripada Palestin, bukanlah keseluruhannya dalam tempoh sekitar empat kurun terutama antara 1,000 sehingga 586 Sebelum Masehi. Lalu tamatlah pemerintahan mereka seperti mana telah tamat pemerintahan kaum lain seperti Asyuriyan, Farsi, Firaun, Greek dan Rom. Sedangkan bangsa Palestin terus memasak di bumi itu. Adapun pemerintahan Islam merupakan tempoh yang paling panjang iaitu 636M sehingga 1917M, kecuali tempoh perebutan dalam Perang Salib yang berlanjutan selama 90 tahun iaitu sekitar tahun 1200. Manakala Yahudi telah terputus hubungan dengan tanah Palestin selama 1,800 tahun sejak 135 Masehi sehinggalah kurun ke-20. Selain kedudukan mereka dalam politik dan ketamadunan dan kebudayaan di dalam Palestin. Bahkan telah diharamkan dalam ajaran agama Yahudi untuk kembali ke Palestin. Menurut kajian beberapa pengkaji Yahudi sendiri seperti penulis terkenal Arthur Costler, 80 peratus daripada Yahudi hari ini tidak memperakui dari segi sejarah kaitan di antara Yahudi dengan Palestin sebagaimana tidak diperakui bahawa mereka (80 peratus itu) adalah sebahagian dari kaum Bani Israel. Majoriti Yahudi hari ini berasal dari Yahudi Khazr Ashkanz. Ia adalah sebuah kabilah dari Tartar-Turki Kuno yang menetap di Utara Kaukas dan telah menjadi Yahudi pada kurun ke-8 Masehi. Maka seandainya ada hak untuk kepulangan Yahudi maka bukanlah Palestin tetapi selatan Rusia.

Manakala dakwaan yang mengaitkan Yahudi dengan Palestin tidak berdiri di atas hakikat kebenaran bahawasanya sebahagian besar Bani Israel menafikan penyatuan mereka dengan Musa AS dalam perjalanannya menuju bumi Baitul Maqdis. Sepertimana mereka menolak untuk menyertai kepulangan ke Bumi Palestin dari Babylon selepas diusir oleh kerajaan Parsi pada masa itu. Sepanjang sejarah sehinggalah hari ini jumlah Yahudi di Palestin tidak pernah melebihi 40 peratus dari jumlah mereka di seluruh dunia.

Penubuhan gerakan Zionis bertujuan untuk mewujudkan jajahan Yahudi di Palestin sehingga tercetus penginayaan ke atas Yahudi yang menyokong pengumpulan Yahudi di Palestin di tengah-tengah masyarakat Nasrani di Eropah. Terutamanya Protestan sejak kurun ke-16, sehinggalah muncul ideologi perkauman dan nasionalisme, sehingga muncul negara-negara sosialis di Eropah terutama pada kurun ke-19, sehingga berlaku masalah Yahudi terutama di Eropah Timur dan apa yang menyebabkan Yahudi diancam oleh bangsa Rusia, sehinggalah Yahudi memegang peranan utama di Eropah dan Amerika. Tambahan pula kegagalan gerakan pencerahan Yahudi Huskler yang meluaskan simpati Yahudi dalam masyarakat yang mereka hidup di dalamnya.

Sesungguhnya ideologi menubuhkan gagasan Yahudi untuk memainkan peranan “Negara Tempahan (Tanah Yang Dijanjikan?)” yang didukung oleh penjajah Barat terutamanya Britain menjadi lambang kemuncak bahaya Barat-Yahudi di tengah-tengah alam Islami. Ini juga bertujuan memisahkan dua sayap Alam Islami di Asia dan Afrika kepada dua bahagian yang terpisah. Usaha ini akan menghalang penyatuannya, lantas melemahkannya dan memastikannya terus menerus berpecah belah, lemah untuk melakukan perubahan, berteleku dalam meniru atau menurut mengeluarkan bahan premier dan pasaran pengguna untuk produk Arab sebagaimana terhalangnya kemunculan Empayar Islam yang terbesar, menggantikan daulah Uthmaniyah yang telah lenyap ditelan zaman.

Kewujudan, kelangsungan dan kesuburan Zionis Israel di tengah-tengah tanah yang dijanjikan beerti jaminan kelemahan negara-negara Islam di sekelilingnya, sekaligus perpecahan dan kemundurannya. Maka begitulah juga sekiranya ummah bangkit dan maju, ia akan menjurus kepada kemusnahan dan kematian Israel yang bertapak di jantung ummah ini. Telah terbentuk Pertubuhan Zionis Antarabangsa di Switzerland pada bulan Ogos 1897 di bawah pimpinan Theodor Herzl. Mereka telah mengabungkan diri dengan projek penjajahan Barat, tetapi gagal untuk memperolehi sebarang hasil yang bernilai sehingga akhir perang dunia pertama. Gerakan Zionis berdiri sebagai gerakan perkauman yang terbina di atas landasan dan latar belakang keagamaan dan peninggalan serta perkauman Yahudi. Syarat-syarat kejayaannya berkaitan dengan menafikan hak-hak penduduk Palestin yang berbangsa Arab dan merampas tanah mereka. Bagi mereka tiada beza di antara fahaman komunis atau sekular atau keagamaan ataupun kebudayaan mahupun politik, semuanya sama sahaja pada akhirnya Zionis sepakat untuk berusaha mencapai cita-cita agung mereka.

Th eodor Herzl, pengasas dan presiden pertama Pertubuhan Zionis Sedunia.

Britain Dan Penempatan Yahudi di Palestin

Telah jelas kepada British tentang projek Zionis dengan tertulisnya deklarasi Balfour pada bulan November 1917 bagi tujuan menubuhkan negara bagi bangsa Yahudi di Palestin, dan disahkan lagi dengan penjajahan ke atas Palestin pada bulan September 1918. British telah memungkiri janjinya dengan bangsa Arab di bawah pimpinan Syarif Hussein bahawa akan memberi kebebasan dan kemerdekaan. Telah diagihkan peranan penaklukan di Syam dan Iraq di antara British dan Perancis. Telah disepakati dalam perjanjian Saix-Beco pada bulan Mei 1916 yang merencanakan untuk meletakkan Palestin sebagai kawasan antarabangsa. Tetapi British berhajat kepada Palestin dalam perjanjian San Reemo pada bulan April 1920. Ini membolehkan penyerapan perjanjian Balfour mengorak langkahnya ke atas Palestin yang telah ditetapkan sebagai milik semua bangsa pada bulan Julai 1922.

Deklarasi Balfour adalah sepucuk surat yang ditulis oleh Setiausaha Luar Britain, Arthur James Balfour (foto), kepada Baron Rothschild, ketua Komuniti Yahudi British.

Sepanjang tahun 1918 hingga 1948 British telah membuka pintu kepada penghijrahan Yahudi. Jumlah Yahudi yang pada tahun 1918 hanya 55,000 orang telah berganda kepada 636,000 pada tahun 1948. Ini telah meningkatkan nisbah Yahudi dari 8 peratus kepada 31 peratus. Seperti yang didakwa Pejabat Tanah, pemilikan tanah oleh Yahudi telah bertambah dari 2 peratus ke 6.7 peratus. Yahudi telah memperolehi tanah kebanyakannya daripada British dan juga mereka yang bukan berbangsa Palestin. Bangsa Palestin bagaimanapun dapat terus bertahan di bumi itu selama 30 tahun walaupun dalam keadaan yang sangat menekan sebagai majoriti iaitu 69 peratus dari jumlah penduduk dengan penguasaan tanah seluas 93.3 peratus. Dengan bantuan British, Yahudi telah mampu membina pusat-pusat perdagangan, politik, pendidikan, ketenteraan dan juga kemasyarakatan. Pada tahun 1948 mereka telah menubuhkan sebanyak 292 jajahan dan membentuk pasukan ketenteraan mereka dari Hagana Argon dan Shatern yang mempunyai lebih dari 70,000 orang. Mereka juga telah bersedia mengisytiharkan negara mereka.

Walaupun pakatan jahat ke atas Palestin melampaui keupayaan bangsa Palestin tetapi mereka tidak tunduk kepada penjajahan British dan projek Zionis. Sayap kebangsaan dan Islam telah ditubuhkan di bawah pimpinan al-Haj Amin al-Husaini dengan kefahaman nasionalis, lalu bermulalah politik dan revolusi yang besar pada ketika itu seperti revolusi al-Quds 1920, Yafa 1921, Buraq 1929, Oktober 1933. Gerakan Jihad di bawah pimpinan al-Qassam dan pertubuhan Jihad al-Muqaddas, Di bawah tekanan revolusi besar-besaran 1936-1939, British terpaksa mengeluarkan Buku Putih pada bulan Mei 1939 yang menjanjikan kemerdekaan Palestin dalam masa 10 tahun, dan akan dihentikan penjualan tanah kepada Yahudi serta dihentikan kemasukan Yahudi dalam masa 5 tahun. Tetapi ia dimungkiri pada akhir 1945 dan projek Zionis kembali hidup semula di bawah dukungan Amerika.

Pendatang Yahudi tiba dari seluruh Eropah, terutamanya dari Eropah Timur, melalui pelabuhan Haifa.
Rakyat Palestin di Yaffa dipaksa lari ke lautan sebelum 15 May 1948, iaitu sebelum kemasukan tentera Arab. Zionis sebaliknya mendakwa pelarian berlaku hanya setelah masuknya tentera Arab.
Pada tahun 1948 kira-kira 750,000 rakyat Palestin terpaksa meninggalkan tanah mereka dan menjadi pelarian terutamanya di Syria, Lubnan dan Jordan
Pelarian Palestin berteduh dalam sebuah gua, 1950

Penubuhan Negara Israel dan Keupayaannya

Pada 29 November 1947 Pertubuhan Am Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyatakan laporan bernombor 181 dengan memisahkan Palestin kepada dua negara Arab dan Yahudi. 54 peratus untuk Yahudi dan 45 peratus untuk Arab, manakala 1 peratus sebagai negara antarabangsa iaitu kota al Quds. Adapun Laporan Pertubuhan Am bukanlah laporan yang putus sehingga dipersetujui PBB sendiri. Bahkan laporan itu bercanggah dengan asas pendirian PBB. Ia adalah hak setiap bangsa menentukan kebebasan perjalanannya sendiri. Sedangkan bangsa Palestin tidak diberi hak untuk memberi pendapat dan pandangan dalam menyerahkan hak mereka kepada pendatang Yahudi yang lebih besar dan melampaui hak mereka sendiri sebagai tuan tanah.

Yahudi telah mengisytiharkan negara Israel pada petang 14 Mei 1948. Mereka telah mengalahkan tiga penjuru tentera Arab sebagai hasil dari kelemahan kepimpinan, keampuhan perancangan dan kurangnya pengalaman. Sebilangan darinya telah jatuh ke tangan penjajahan dan Zionis telah mengambil alih kira-kira 77 peratus dari bumi Palestin dan mengusir secara paksa 800,000 orang Palestin keluar daripada bumi mereka yang telah didirikan di atasnya kerajaan mereka yang asalnya mempunyai 925,000 penduduk. Jumlah keseluruhan bangsa Palestin pada akhir tahun 1948 adalah sekitar 1.4 juta orang. Zionis telah memusnahkan 478 perkampungan daripada jumlah asalnya 585 kampung yang telah berdiri di bumi yang dijajah. Mereka telah melakukan 34 pembantaian. Adapun bahagian yang masih kekal untuk Palestin iaitu daerah Tebing Barat yang berkeluasan 5,878 kilometer persegi telah dimasukkan ke dalam Jordan. Manakala Mesir telah memasukkan Gaza yang berkeluasan 636 kilometer persegi ke dalam pentadbirannya. PBB telah bersetuju menerima keanggotaan Israel sekiranya mereka membenarkan pelarian Palestin pulang ke negara mereka. Bagaimanapun syarat ini sampai hari ini tidak dipenuhi sepenuhnya

Resolusi PBB 181 (II) merupakan perlaksanaan Partition Plan setelah tamatnya British Mandate.
David Ben-Gurion membaca "Deklarasi Merdeka" dalam sebuah muzium di Tel Aviv dalam upacara sambutan penubuhan negara "Israel" pada 14 Mei 1948.
David Ben-Gurion, Perdana Menteri pertama Israel

Jalan Menuju Kebebasan

Slogan “Peperangan Kebangsaan” dan “Kesatuan Jalan Kebebasan” mengepalai perjuangan sepanjang tempoh dari tahun 1948 hingga 1967. Jamal Abdul Naser telah dilantik mengetuai kesatuan Arab bagi membebaskan Palestin. Bagaimanapun kesatuan Arab telah hilang sistem yang benar dan kesungguhan serta keinginan yang sebenar untuk berperang. Telah diasaskan pertentangan Palestin atas sebab-sebab taktikal seperingkat tetapi tidak mengandungi perancangan strategi yang merangkum, bahkan mereka lebih sibuk dengan ideologi dan gembar gembur sentimen republik, melebihi persediaan untuk peperangan. Manakala rejim Zionis bertambah kuat dan kemas.

Gerakan Pembebasan Palestin (PLO) telah ditubuhkan tahun 1964 di bawah pimpinan Ahmad Syuqairi dengan dukungan langsung dari Jamal Abdul Naser yang takut terlepas pandangan isu daripada tangannya setelah medan Palestin mencetus gelombang gerakan rahsia yang tersusun, terutamanya Fatah yang berakar umbi pada tahun 1957. Dengan tujuan untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah, pada tahun 1948 PLO mengakui perjuangan bersenjata satu-satunya jalan pembebasan. Ia telah menyemarakkan bangsa Palestin untuk kembali membangunkan negara mereka dengan dianggap menjasadkan roh kenegaraan dan kerajaan Palestin yang telah lama hilang. Pada tahun 1968 pertubuhan-pertubuhan pembebasan Palestin di ketuai oleh Fatah telah bergabung ke dalam PLO. Ketua Fatah, Yasser Arafat, dilantik menjadi ketua PLO pada bulan Febuari 1969. Pada tahun 1974 Liga Arab mengiktiraf PLO sebagai wakil tunggal yang rasmi untuk bangsa Palestin. Maka telah lengkaplah perwakilannya pada tahun itu juga setelah diterima menjadi anggota pemerhati di PBB.

Yasser Arafat diraikan oleh Raja Faisal (Raja Saudi), Jamal Abdul Naser (Presiden Mesir) dan Raja Hussein (Raja Jordan) sebagai Pengerusi PLO di Kaherah pada tahun 1970.
Yasser Arafat berucap di PBB pada tahun 1974.

Peluasan Kawasan Yahudi di Palestin

Peperangan Jun/Jaziran 1967 merupakan kekalahan yang pahit bagi Liga Arab. Dalam beberapa hari sahaja Yahudi telah menjajah keseluruhan Palestin dengan jatuhnya Tebing Barat dan Gaza serta telah mengusir 330,000 bangsa Palestin. Turut terlepas adalah tanah Jaulan di Syria seluas 1,150 kilometer persegi dan Sinai di Mesir seluas 61,198 kilometer persegi.

Yahudi meneruskan penaklukan ke atas bumi Palestin dengan rakus. Mereka berusaha untuk mengkebumikan kesan-kesan sejarah Islam dan syiar-syiarnya. Mereka telah mendapat 96 peratus daripada tanah yang telah mereka jajah pada tahun 1948 yang asalnya adalah milik bangsa Palestin yang telah berjaya diusir, rata-rata tanah wakaf orang Islam serta banyak daripada tanah tersebut milik Bangsa Arab lain. Zionis telah mendirikan 756 buah bandar dan perkampungan di atas tanah tersebut. Selepas perang tahun 1967, Zionis dapat menguasai 60 peratus daripada Tebing Barat dan telah dibina di atasnya 192 penempatan. Di samping itu, 14 penempatan telah dibina di atas 30 peratus daripada tanah Gaza. Bahkan mereka mengharamkan rakyat Palestin untuk kembali ke tanah mereka. Merekapun membuka pintu kemasukan Yahudi ke Palestin. Seramai 1,800,000 orang Yahudi telah berpindah ke Palestin sejak 1949-2000. Pada tahun 2002 jumlah mereka mencecah kepada 5,200,000 orang.

Sesungguhnya kedudukan Yahudi di muka bumi menjadi hakikat yang tidak perlu digeruni, dengan kejayaan Zionis menentukan keputusan dan mempengaruhi dunia jelas dapat dilihat dalam bidang politik, media mahupun ekonomi. Terutamanya di Amerika. Walaupun Allah menetapkan jalan-jalan kejayaan kepada mereka tidaklah patut dibesar-besarkan cerita seolah-olah Yahudi yang memutuskan setiap peristiwa baik yang kecil mahupun besar, ataupun seakan-akan mereka telah ditakdirkan untuk menang. Mereka adalah makhluk yang Allah ciptakan. Berlaku ke atas mereka sunnatullah dalam aturan makhluk mengikut putaran zaman. Sekiranya mereka telah berjaya dengan kehendak Allah melalui kesungguhan mereka, kesabaran mereka dan perancangan mereka yang rapi, maka telah menimpa mereka pelbagai bencana yang dahsyat dalam sejarah mereka. Sepatutnya kedudukan mereka ini dilihat sebagai pendorong bagi orang Muslim menyahut cabaran ini dan memenuhi syarat-syarat untuk mentadbir muka bumi dan melakukan revolusi ketamadunan.

Zionis telah fokus kepada menukarkan Kota al Quds menjadi sebuah kota Yahudi, maka mereka telah menguasai 86 peratus daripadanya dan memenuhinya dengan pendatang Yahudi. Menurut perangkaan tahun 2000 sebanyak 450,000 orang Yahudi berbanding 200,000 orang Palestin tinggal di situ. Kawasan timur al Quds di mana terletaknya Masjid al Aqsa telah didiami oleh 200,000 orang Yahudi, setelah dikepung dengan pagar perkampungan Yahudi yang memisahkannya dari penghuni Arab dan Islam. Mereka telah mengisytiharkan al Quds sebagai ibu kota abadi bagi rejim Zionis. Yahudi sangat ingin menakluki Masjid al Aqsa, mereka telah memperolehi Dinding Barat Masjid al Aqsa (tembok Buraq) dan memusnahkan perkampungan barat yang berhampiran Masjid al Aqsa serta merampas tanahnya. Mereka telah memulakan sehingga hari ini sepuluh peringkat penggalian di bawah Masjid al Aqsa. Mereka telah menggali empat terowong dalam bentuk yang mengancam keruntuhan Masjid al Aqsa bila-bila masa sahaja. Mereka telah membentuk sekitar 25 pertubuhan pengganas Yahudi bagi tujuan membinasakan Masjid al Aqsa dan mendirikan Haikal Yahudi di tapaknya. Mereka telah melancarkan lebih daripada 112 serangan ke atas Masjid al Aqsa sejak tahun 1967 sehingga 1998. 72 daripada serangan itu berlaku selepas perjanjian Oslo tahun 1993. Serangan yang paling masyhur adalah pembakaran Masjid al Aqsa pada 21 Ogos 1969.

Pelarian Palestin berpegang kepada hak mereka untuk kembali ke tanah mereka dan menolak sebarang usaha memberikan mereka kerakyatan di luar Palestin yang telah dirancangkan sebanyak 243 kempen. Walaupun PBB telah mengeluarkan 110 keputusan dengan menegaskan hak pelarian Palestin untuk pulang, tidak ada satupun yang dilaksanakan kerana kedegilan Zionis terus menolaknya dan tanpa kesungguhan kuasa-kuasa besar dan masyarakat antarabangsa memaksa Zionis menerima mereka. Sehingga tahun 2002, jumlah pelarian Palestin yang keluar dari tanah mereka sejak tahun 1948 adalah seramai 5,370 000 orang, manakala dari Tebing Barat adalah sekitar 1,200,000 orang, menjadikan jumlah keseluruh pelarian seramai 6,570,000 orang iaitu menyamai 70.7 peratus daripada seluruh rakyat Palestin. Ini menjadikannya jumlah pelarian yang paling besar dalam dunia. Ia juga nisbah pelarian paling tinggi di dunia yang memiliki perbezaan berganda dengan bangsa-bangsa lain. Isu pelarian Palestin menjadi isu paling lama, paling panjang dan paling besar penderitaannya pada kurun ke-20 dan 21.

PBB melayani masalah Palestin sebagai isu pelarian sejak tahun 1949 sehinggalah awal tahun 70-an. Bermula tahun 1974 keluar laporan dengan majoriti bersetuju mengeluarkan kenyataan diberi hak kembali, dengan alasan operasi jihad bersenjata di Palestin untuk menuntut hak mereka yang dirampas. Dengan sikap Zionis yang membentuk puak-puak perkauman, hak pelarian untuk kembali tidak diterima untuk dilaksanakan oleh Zionis. Tetapi mereka mendapat sokongan yang kuat dari Amerika dan sekutunya untuk menolak arahan PBB itu, dengan menggunakan kuasa pembatal Veto bagi menyekat mana-mana perlaksanaan amali bagi keputusan itu. Padahal pertubuhan inilah yang telah memutuskan agar tanah itu diserahkan kepada bangsa Yahudi bagi membentuk negara mereka. Inilah wajah hodoh dan zalim projek mereka.

Sepanjang sejarah isu Palestin kekal sebagai satu masalah utama iaitu kuasa besar menjadi tunggak paling utama kepada rejim Zionis terutama dalam menyerahkan “hak” penubuhan negara Yahudi yang telah mereka rampas pada tahun 1948, iaitu 77 peratus daripada bumi Palestin.

Yahudi bercita-cita membina Kuil Ketiga, iaitu ubahsuai kepada Kuil Kedua, di atas tapak Masjid al-Aqsa berdekatan Kubah as Sakhra. Mereka mendakwa Masjid al-Aqsa dibina di atas tapak asal di mana telah terbinanya Kuil Kedua yang dimusnahkan oleh tentera Roman pada tahun 70 Masihi. Untuk menjayakan cita-cita mereka, Masjid al-Aqsa harus diruntuhkan terlebih dahulu.

Penentangan Bangsa Palestin ke Atas Penjajahan

Tempoh sepanjang tahun 1967 hingga 1970 merupakan era keemasan terhadap perjuangan pembebasan Palestin, sehinggalah rakyat Palestin dilarang menggunakan bumi Jordan sebagai medan pada tahun 1971. Walaupun selepas itu mereka menjadikan Lubnan sebagai pusat perjuangan, cabaran dan korban meningkat ketika berlakunya perang saudara di Lubnan pada era tahun 1975 hingga 1990. Ini telah menyebabkan permusuhan yang berterusan di antara Lubnan dan Zionis. Zionis bertindak menyerang wilayah selatan Lubnan pada tahun 1978 sehingga Lubnan mengarahkan PLO dan pejuang-pejuangnya meninggalkan Lubnan. Maka tertutuplah sempadan negara Arab bagi semua pejuang Palestin.

Dalam bentuk yang lebih umum, revolusi Palestin menghadapi tekanan yang kuat dari saudaranya bangsa Arab yang sangat memusuhi, dengan menyekat keupayaannya dan mengalirkan darah mereka dalam pergelutan dengan badan-badan Arab yang cuba untuk membelenggu dan mengawalnya, serta bercakap bagi pihaknya dan menginjak pundaknya. Peperangan menentang Zionis pada bulan Oktober 1973 merealisasikan asas-asas kemenangan moral bagi Syria dan Mesir. Kemudian, pengiktirafan rasmi ke atas PLO sebagai wakil tunggal yang sah untuk rakyat Palestin pada tahun 1974. menjadikan Arab mula kurang merasai tanggungjawab terhadap isu Palestin. Mesir menandatangi Perjanjian Camp David pada bulan September 1978, maka telah keluarlah kekuatan yang besar dari ikatan Arab dalam peperangan Arab-Zionis. Peperang Iran-Iraq dari tahun 1980 hingga tahun 1988 telah menjadi faktor kejatuhan harga minyak, menyebabkan sejumlah besar negara teluk menghentikan pendanaan kepada perjuangan bangsa Palestin. Keadaan ini dikeruhkan lagi dengan serangan Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990. Perang teluk telah menyebabkan perpecahan di kalangan dunia Arab dan Islam menjadi lebih luas, diikuti dengan keruntuhan Kesatuan Soviet dan Kuasa Timur. Semua ini menyebabkan kelemahan penentangan dan kecenderungan kepimpinan PLO kepada perjanjian damai. Sikap ini diikuti dengan pengecutan kegiatannya dalam bidang keupayaannya, terutama dengan adanya persediaan individu pada kepimpinan PLO untuk menyingkirkan beberapa prinsip bagi membolehkan mereka terus memegang kerusi dalam PLO sekaligus menjadi wakil rakyat Palestin.

Apabila PLO semakin lemah golongan yang setuju kepada idea perdamaian dengan Zionis telah menguasai pertubuhan itu sehinggalah akhirnya mereka mengisytiharkan pengiktirafan keputusan PBB bernombor 181 yang membawa kepada pemisahan Palestin kepada dua negara di antara Arab dan Yahudi. Begitu juga dengan keputusan Majlis Keselamatan bernombor 242 yang dikeluarkan pada bulan November 1967 yang menyatakan isu Palestin adalah isu pelarian yang menyeru penyelesaian isu Palestin dibuat di meja rundingan. Pada bulan Oktober 1991 PLO dan negara Arab menyertai perjanjian damai secara langsung dengan Zionis di Madrid. Selama tempoh dua tahun tiada apa-apa persetujuan dapat dibuat dengan Zionis. Tidak berlaku sebarang jalan keluar kecuali melalui siaran persidangan rahsia yang berlainan telah dibuka pada Disember 1992. Ini telah menyebabkan apa yang dikenali sebagai perjanjian Oslo atau Gaza-Ariha pada mulanya, yang dimeterai di Oslo, Norway, dan ditandatangani oleh PLO dan Zionis di Washington pada 31 Disember 1993.

Kepimpinan PLO mengiktiraf hak kewujudan Israel melalui perjanjian Gaza-Ariha, dengan mengesahkan 77 peratus daripada bumi Palestin sebagai milik Israel. Berikutan dengan itu, PLO berjanji akan menghentikan penentangan bersenjata dan intifadhah. Bahkan PLO juga bersetuju untuk menghapuskan kesemua dasar yang menyeru kepada pembebasan seluruh Palestin dan penghapusan Zionis dalam perlembagaan negara. Mereka juga berjanji untuk menyelesaikan semua masalah melalui rundingan. Dengan perjanjian ini PLO merombak secara praktis entitinya, matlamatnya dan perlembagaannya. Imbalan dari itu, Presiden PLO diiktiraf oleh Israel sebagai wakil rasmi rakyat Palestin dan diberi kuasa otonomi di Gaza dan beberapa bahagian dari Tebing Barat, sehingga selesai penyelesaian isu-isu utama lain dalam tempoh lima tahun.

Perjanjian Oslo mendapat tentangan yang kuat dari rakyat Palestin, Arab dan dunia Islam. Antara inti penentangan mereka adalah:

  • Ulamak yang seqah mengeluarkan fatwa haram berdamai dengan Zionis, bahkan menyeru kepada jihad bagi membebaskan tanah yang dijajah dan mengembalikannya secara menyeluruh kepada panji Islam. Mereka menganggap ia adalah perperangan di antara hak dan batil yang mesti diwarisi dari satu generasi ke generasi sehinggalah datangnya bantuan Allah dan kemenangan. Dengan mengingatkan bahawa Palestin adalah tanah wakaf orang Islam, tidak seorangpun berhak melepaskannya dan tidak ada satu generasi walaupun selemah mana mereka untuk membiarkan generasi akan datang tidak memiliki haknya. Sebagaimana isu Palestin adalah isu seluruh umat Islam yang enggan melepaskan hak mereka di dalamnya selama manapun dan bukanlah isu orang Palestin sahaja apatah lagi dikhususkan oleh PLO dan kepimpinannya sahaja.
  • Kepimpinan PLO bersendirian dalam membuat keputusan dalam perjanjian Oslo tanpa merujuk kepada rakyat Palestin, ketika mendapat tentangan yang kuat berkaitan perjanjian ini dari kalangan Islamis, nasionalis, golongan kiri yang sama rata, bahkan dalam gerakan Fatah sendiri.
  • Perjanjian ini mempercepatkan proses membuat keputusan yang besar, yang kebanyakannya merupakan isu sensitif. Kandungannya berkait dengan “kemuliaan” pihak Zionis yang menggunakan kekuatannya ke atas kelemahan pihak Palestin, isu yang ketara dalam perjanjian ini ialah:
    1. Masa depan kota al Quds.
    2. Masa depan pelarian Palestin.
    3. Masa depan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Gaza.

 

Setelah lebih lapan tahun tempoh perjanjian, tiada satupun isu besar dapat diselesaikan. Manakala Zionis menggunakan tempoh itu bagi meyahudikan tanah jajahannya tanpa menghormati sebarang isi perjanjian. Pentadbiran bandar dan keamanan yang diserahkan kepada PLO di Tebing Barat tidak lebih daripada 18 peratus, manakala di Gaza hanya 60 peratus. Ini bermakna hanya 4.72 peratus sahaja daripada keluasan Palestin yang sebenar. Manakala kawasan yang berada di bawah PLO dengan pantauan Zionis adalah sekitar 24 peratus di Tebing Barat. Baki 58 peratus dikawal sepenuhnya oleh Zionis. 40 peratus kawasan di Gaza turut dikuasai PLO dengan pantauan dari Zionis.

  • Projek ini selari dengan matlamat Yahudi memecahkan kawasan penempatan yang padat dengan penduduk Palestin. Ia merupakan permasalahan bagi Israel dalam isu keamanan dan ekonomi. Bahkan mereka berhasrat untuk menghapuskan status Gaza sebagai bandar paling padat penduduk di dunia. Tawaran ini pernah disampaikan kepada Mesir, tetapi ditolak.
  • Hasilnya, PLO mendapat kerajaan sendiri yang berkuasa secara terhad di bawah penjajah, bahkan di bawah seliaannya secara langsung. Zionis mempunyai kuasa membantah (Veto) dalam keputusan dan undang-undang Kerajaan Palestin di bawah PLO, sebagaimana mereka telah mengharamkan Kerajaan Palestin menubuhkan unit ketenteraan khas. Bahkan Kerajaan Palestin tidak boleh membawa masuk sebarang senjata ke dalam Palestin melainkan dengan izin Zionis.
  • Kerajaan otonomi terdesak untuk menghentikan dan menghalang sebarang operasi ketenteraan ke atas Zionis. Mereka juga menangkap mujahid dari gerakan Palestin semata-mata untuk mengukuhkan “niat sucinya” dan penjagaannya terhadap Islam. Sehinggakan mereka menubuhkan sembilan unit khas untuk meninjau kegiatan rakyat Palestin. Bahkan unit untuk memperkukuhkan ekonomi, politik dan kemasyarakatan adalah jauh lebih lemah. Selain bercambah kebinasaan dalam unit-unit pemerintahannya, penangkapan ke atas mujahidin tidak berkurangan sehinggalah tercetus Intifadhah al Aqsha pada tahun 2000.
  • Sempadan-sempadan Palestin dipayungi oleh kekuasaan Israel. Kegiatan keluar masuk ke dalam kawasan yang berada di bawah penguasaan Palestin haruslah mendapat keizinan Zionis atau sebaliknya.
  • Perjanjian tidak menunjukkan kepada hak rakyat Palestin dalam keputusan untuk pulang serta menubuhkan negara mereka sendiri sebagai negara merdeka dan tidak pula memperkatakan tentang Tebing Barat dan Gaza sebagai tanah-tanah yang dijajah.
  • Perjanjian ini membuka pintu kepada perdamaian bagi negara-negara Arab dan Islam untuk mengikat perjanjian dan membina hubungan dengan rejim Zionis. Ini memberi peluang kepada Zionis untuk bermaharajalela di Palestin dan merealisasikan penguasaan ekonomi, sekaligus membantai kekuatan Islam dan penduduk tempatan.
Presiden Mesir, Anwar Sadat, Presiden Amerika, Jimmy Carter, dan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin, sejurus selepas menandatangani perjanjian Camp David pada tahun 1978.
Yasser Arafat, Bill Clinton dan Benjamin Netanyahu menandatanagi perjanjian damai pada tahun 1998 sambil diperhatikan oleh Raja Hussein Jordan.
Menteri Luar Israel, Shimon Peres, tandatangani Perjanjian Oslo sambil diperhatikan oleh Andrei Kozyrev (Menteri Luar Russia), Yitzhak Rabin (Perdana Menteri Israel), Bill Clinton (Presiden Amerika), Yasser Arafat (Ketua PLO), Warren Christopher (Setiausaha Luar Amerika) dan Mahmoud Abbas di Washington, 13 September 1993. Mahmoud Abbas menandatangani perjanjian sebagai perunding PLO.
Menteri Luar Israel, Shimon Peres, tandatangani Perjanjian Oslo sambil diperhatikan oleh Andrei Kozyrev (Menteri Luar Russia), Yitzhak Rabin (Perdana Menteri Israel), Bill Clinton (Presiden Amerika), Yasser Arafat (Ketua PLO), Warren Christopher (Setiausaha Luar Amerika) dan Mahmoud Abbas di Washington, 13 September 1993. Mahmoud Abbas menandatangani perjanjian sebagai perunding PLO.

Intifadhah Rakyat Palestin al Mubarakah

Intifadhah dari tahun 1987 hingga 1994 memberi semangat dalaman yang penting bagi rakyat Palestin. Ia digembeling oleh sayap Islami dengan membina kekuatan untuk mengembalikan unsur penting dalam kebangkitan rakyat, Khususnya melalui Gerakan Penentangan Islamiyah (Hamas). Ia juga menghidupkan keprihatinan dan cakna Arab dan dunia Islam serta masyarakat antarabangsa berkenaan isu Palestin. Tetapi suasana yang menguasai serta pemikiran pemimpin Palestin dan dunia Arab tidak membenarkannya untuk pesat dan meluas ke arah pembebasan, bahkan menggunakannya untuk meraih keuntungan politik yang segera dalam bersekongkol dengan Zionis yang memperkosa hak rakyat Palestin.

Intifadhah al Aqsa pada September 2000 menegaskan genggaman erat bangsa Palestin terhadap hak mereka bagi tanah Palestin. Ia juga menegaskan bahawa tindakbalas kaum Muslimin yang luas adalah bersama intifadhah. Serta kejauhan peranan Islam berkaitan isu, bahkan mendedahkan pekung Zionis dan muka hodoh mereka dalam seruan-seruan perdamaian Yahudi. Ini memberi tamparan yang hebat kepada perjanjian damai yang menurut hak-hak umah dan asas-asasnya. Bangsa Palestin menanggung suasana yang sangat getir. Lebih 1,200 orang telah gugur syahid, manakala lebih 35,000 orang tercedera. Nisbah ketidak-upayaan bekerja meningkat kepada 58 peratus. Tetapi ketahanan mereka yang kuat serta kepahlawanan mereka menentang yang telah membabitkan semua kelompok rakyat Palestin. Inilah kali pertama berlakunya tentangan yang seimbang terhadap Zionis. Mereka menerima pukulan keras di setiap tempat yang membawa kepada kematian 300 orang Yahudi dan mencederakan 1,700 yang lain.

Kelangsungan intifadhah membawa kepada keruntuhan kualiti keamanan Zionis. Ia juga menyebabkan kemerosotan ekonomi Zionis serta memusnahkan tarikan pelancongan serta meningkatkan perpindahan Yahudi keluar dari Palestin. Maka dengan itu intifadhah telah menggoncang dua penyumbang yang utama bagi Zionis, iaitu keamanan dan ekonomi.

Palestin Negara Untuk Kaum Muslim dan Nasrani

Puak Nasrani juga menerima nasib yang sama dengan kaum Muslimin iaitu kezaliman, kekerasan dan pembunuhan. Mereka telah menggabungkan diri dalam gerakan kebangsaan Palestin sejak bermulanya penjajahan British ke atas Palestin. Mereka juga telah menjadi contoh penentangan kepada agenda Zionis melalui kesatuan di peringkat kebangsaan. Mereka turut serta dalam mempertahankan Palestin Arab dengan kata-kata, tulisan dan juga senapang. Mereka mengungkapkan kesetiaan mereka dalam tamadun setempat dan ciri-cirinya serta sejarahnya.

Sesungguhnya kecintaan pada negara dan mempertahankan kedaulatannya adalah perkara wajib dalam perundangan dan juga hak kemanusiaan. Kecintaan kepada negara dan keluarga merupakan perasaan tabi’i semua manusia selagi ia tidak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, serta tidak mengambil hak orang lain. Sesungguhnya peranan membebaskan Palestin samada berbentuk setempat, seluruh Arab, umat Islam atau kemanusiaan adalah peranan-peranan berpusat yang menyeluruh dan seirama dan semestinya tidak bertentangan.

Dari sudut lain pula, usaha-usaha untuk merawat penyakit dalam masyarakat dan usaha untuk membangunkan tamadun dan keupayaan negara Islam di muka bumi serta usaha merealisasikan penyatuan negara Arab Islam, begitu juga usaha membebaskan Palestin adalah usaha gigih yang saling melengkapi satu sama lain dan boleh dijalankan seiring tanpa pertentangan dan perselisihan.
Islam adalah agama kesejahteraan, Allah sendiri adalah bersifat Maha Sejahtera, ucapan Muslim sesama Muslim adalah kesejahteraan, dan Syurga itu tempat yang sejahtera, bahkan perhubungan dalam Islam dengan penganut lain dibina di atas tolak ansur beragama dan saling mengenali serta hidup bersama dalam kesejahteraan dan berbincang dengan cara yang baik.

Seterusnya Islam menentang keganasan dan membunuh orang yang tidak berdosa, Islam dalam masa yang sama merupakan agama yang adil, benar dan bebas. Islam menghalang pengikutnya dari menzalimi dan dizalimi serta menolak keduniaan dalam agama mereka, dan membayar segala harga untuk mengembalikan kemuliaannya dan tanahnya serta kesuciannya. Tidak ada sebarang kesejahteraan di Palestin boleh didirikan di atas kezaliman dan pencabulan serta pengusiran ke atas tanah dan rakyat Palestin.

Sekiranya dipaksakan syarat-syarat yang ketat dan menekan rakyat yang lemah mungkin boleh menghasilkan perdamaian sementara, tetapi bukanlah kesejahteraan. Maka perjuangan membebaskan Palestin akan terus menjadi kewajipan, kemuliaan dan perisai di dada setiap orang yang mulia, bukanlah seperti pendustaan media Yahudi yang bermain-main dengan kalimah pengganas dan kesejahteraan.

Sesungguhnya kewujudan Zionis di Palestin, di tengah-tengah jantung dunia Islam, dengan berbangga pada senjata pemusnah yang menyeluruh iaitu sebanyak 200 bom atom serta keupayaannya untuk mengumpul sebanyak 700,000 tentera dalam masa 72 jam akan terus menjadi bom jangka yang menggugat kesejahteraan dunia dengan letupan, bahkan mengancam berlakunya perang dunia ketiga. Maka orang Islam satu ketika nanti akan memiliki kekuatan persenjataan bom pemusnah yang menyeluruh. Mereka tidak akan sekali-kali mengalah dan menyerahkan tanah mereka atau menerima penjajahan di hati mereka yang melemahkan mereka dan memecahbelahkan kesatuan mereka. Mereka akan berusaha untuk mengusirnya sepertimana mereka telah mengusir penjajah lain sebelumnya. Maka ketika itu akan diketahuilah kekuatan yang paling besar bahawa kezaliman yang mereka sangka dengan kewujudan rejim ini akan memaksa kemanusiaan yang mati dan hancur. Lebih baik rejim ini berpecah sekarang sebelum datang waktu yang menggerunkan itu.

Gambaran Islam Terhadap Falsafah Peperangan

Orang Islam tidak memerangi orang Yahudi hanya kerana dia itu Yahudi. Asasnya, perhubungan kaum Muslimin dengan ahli Kitab dan ahli Zimmi ialah keadilan dan belas kasihan serta memberi sepenuh kebebasan dan hak-hak beragama bersama hak kewarganegaraan yang lengkap kepada mereka di bawah pemerintahan Islam. Adapun permasalahan Yahudi dan anti Semitik bermula di Eropah, bukan dalam dunia Islam yang menerima Yahudi sebelum ini sebagai pelarian dengan aman, kerana ancaman dan fanatik agama dan perkauman yang tinggi di Eropah. Sesungguhnya orang Muslim memerangi Yahudi Zionis yang melampau yang merampas tanah Palestin dan mengusir rakyatnya serta merabakkan maruahnya. Bahkan kaum Muslimin akan memerangi siapapun yang cuba menjajah tanah mereka tanpa mengira apa agama atau bangsanya.

Sepatutnya Islam menjadi asas sandaran oleh gerakan pembebasan dan pengusiran Zionis. Kerana Allah SWT menjamin kemenangan hambanya yang benar, serta Islam itulah pegangan umat dan dengan Islamlah umat itu akan menjadi baik dan berjaya. Bahkan hanya dengan Islamlah dapat menyatukan manusia dan tenaganya. Manakala sejarah sendiri telah membuktikan, sama seperti pembebasan Palestin dalam perang salib atau dari cengkapan Monggol, bahawa yang menjadi tonggak kejayaan adalah Islam. Sepertimana sejarah hari ini membuktikan kegagalan ideologi yang lain.

Petunjuk-petunjuk besar penyelesaian Islam diperlukan dalam isu Palestin termasuklah:

  1. Islam dibina di atas pegangan , sikap dan sistem hidup, serta berhukum dengan apa yang diturunkan Allah SWT.
  2. Kepimpinan Islam yang memenuhi syarat dan benar sahaja yang mampu menangani Zionis dan mengalahkannya.
  3. Memperluaskan penentangan ke atas Zionis dengan melibatkan seluruh dunia Islam, tanpa mengecilkan isu ini kepada isu Palestin atau bangsa Arab sahaja. Pembebasan Palestin adalah fardhu ain setiap Muslim. Ini kerana Zionis melaksanakan kempennya dalam bentuk organisasi antarabangsa yang tersusun. Maka mestilah menentangnya setara dengan tahap ancaman.
  4. Mendukung bangsa Palestin dan menjadi sandarannya dalam semua kemahiran dan segenap sudut dengan menganggap Palestin sebagai barisan pertahanan paling hadapan bagi umat Islam, supaya mereka teguh di tanah mereka dan berterusan bertahan dan berjuang.
  5. Berusaha merealisasikan kebangkitan tamadun yang menjadi pintu masuk kepada perubahan dan perawatan yang positif dan menyeluruh dalam masyarakat kita samada dalam sudut politik, ekonomi, keilmuan dan ketenteraan. Sehingga orang Muslim mampu menanggung tuntutan-tuntutan jihad secara peribadi dan kesukaran pembebasan serta merealisasikan syarat-syarat menjadi tunggak memimpin dunia dan memandu manusia.

 

Sesungguhnya kegagalan operasi Zionis di Palestin dan pengusirannya bukan lagi satu perkara yang mungkin berlaku sahaja, tidak lain ia adalah kepastian yang tidak diragui; kerana ia adalah janji Allah yang disebut dalam al Quran, dan diberitakan kepada kita oleh Rasulullah SAW yang tidak bercakap menurut kehendak hatinya. Aturan ke atas alam dan sejarah telah membuktikan bahawa kezaliman tidak akan kekal, ke atas pelampau itu putaran-putaran yang tidak akan terlepas selepasnya hak yang dituntut.

Sesungguhnya permasalahan Palestin mempunyai nilai kemanusiaan yang sangat besar. Sekiranya dihamparkan rintihan orang yang dizalimi pada muka mereka yang mendakwa diri sebagai penegak hak-hak kemanusiaan, dan didedahkan peringkat-peringkat yang bercampur serta keburukan sistem order baru dunia, dan membongkar kepura-puraan tamadun yang bersembunyi di sebalik kemajuan, pengetahuan dan teknologi, serta memelihara hak-hak binatang, dalam masa yang sama menerima cadangan untuk mencampak 6.57 juta manusia sebagai pelarian di suatu tempat dengan digantikan kelompok-kelompok Yahudi dari seluruh dunia selari dengan dakwaan kehendak – yang tidak logik dari segi sejarah atau mana mana nilai penempatan moden ataupun mana mana undang-undang antarabangsa-yang mana tempat satu kaum yang telah menetap sejak 4,500 tahun, kemudian menumpahkan darah di bumi yang suci yang sepatutnya menjadi tanah kasih sayang dan kesejahteraan sejagat.

Sesungguhnya gerakan Zionis dan penjajahannya ke atas Palestin adalah contoh yang masih ada bagi penjajahan warisan Eropah Barat yang telah lupus dari muka bumi, pasti akan lupus juga samada lambat atau cepat dari bumi Palestin.