Penyerang Bantuan Kemanusiaan ke Gaza Terima Lebih Daripada USD 200000

Kumpulan berhaluan kanan Israel yang dituduh menyerang konvoi bantuan ke Semenanjung Gaza telah mengumpul lebih daripada USD 200,000 diplatform crowdfunding.

Derma kepada kumpulan itu telah disalurkan kepada Givechack, laman crowdfunding Israel, dan JGive, laman crowdfunding AS dan Israel, menurut laporan oleh Associated Press.

Sumbangan amal tersebut mendapat perlepasan cukai di AS dan Israel.

Entiti yang bertanggungjawab untuk membawa bantuan Gaza memberitahu AP dan Shomrim, “pemberian perlepasan cukai bertentangan dengan komitmen Amerika dan Israel untuk membenarkan makanan, air dan ubat-ubatan tanpa had ke Gaza.”

Tzav 9 mengumpul lebih USD 85,000 daripada 1,500 penderma di AS dan Israel melalui platform JGive.

Kumpulan Tzav 9 telah menyekat konvoi bantuan dalam perjalanan ke Gaza sejak Januari, dengan alasan bahawa rakyat Palestin tidak sepatutnya mendapat akses bantuan sehingga tebusan dibebaskan oleh HAMAS.

Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab menyekat bantuan dari Jordan di Tebing Barat dan menggeledah trak. Pada bulan Jun, AS menyekat Tsav 9, yang mempunyai hubungan dengan tentera simpanan dan peneroka Israel di Tebing Barat.

Sekatan AS membekukan aset yang dipegang oleh kumpulan itu dibawah bidang kuasa AS. Malah melarang orang Amerika daripada berurusan dengan kumpulan tersebut.

JGive memberitahu AP bahawa derma yang dibuat kepada Tzav 9 dibekukan sebelum sekatan AS dilaksanakan dan tiada dana dihantar kepada kumpulan itu.

“Tiada bantuan ‘kemanusiaan’ yang memberi bahan api kepada musuh yang membunuh kita! Tidak kepada ratusan trak yang melalui Kerem Shalom setiap hari – dan mengheret perang!” Ujar NGO Mother’s March dalam laman crowdfunding milik JGive. .

Berdasarkan laporan, kumpulan sayap kanan Israel, Torat Lechima, terus mengumpulkan dana awam bagi pihak Mother’s March diplatfom JGive yang bertapak di AS.

Pertubuhan hak asasi manusia menyatakan kumpulan yang menyerang konvoi bantuan menerima maklumat dan sokongan tersirat daripada kerajaan Israel.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Israel, B’tselem berkata bahawa serangan pada Mei berlaku selama berjam-jam dihadapan askar Israel tetapi tiada campur tangan daripada mereka.


Sumber : MEE, Diolah oleh Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts