Kewajipan (terhadap rakyat Palestin) pada ketika ini adalah, seluruh pihak memberikan bantuan bagi memenangkan saudara mereka dan menyelamatkan mereka. Setiap orang dengan kemampuan masing-masing. Menghulurkan bantuan persenjataan, bekalan makanan, modal, harta, pakar-pakar, dan menyahut permintaan mereka dengan secepat mungkin, lebih-lebih lagi di saat genting.
Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi, Ketua Persatuan Ulama Sedunia
Anda boleh menyumbang bantuan kewangan melalui
Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528
HALUAN melihat sumbangan tuan/puan sebagai amanah berat yang dipikul untuk disampaikan secara segera dan terbaik kepada sasaran. Kami amat sedar bahawa amanah tersebut akan dipersoal oleh Allah SWT ketika kita bertemu denganNya di akhirat kelak.
Dari segi teknikal, walaupun urusan bantuan dilaksanakan melalui Biro HALUAN Palestin, semua transaksi kewangan dikawal dan harus diluluskan oleh Unit Kewangan HALUAN. Urusan kewangan tersebut kemudian diperhalusi oleh oleh satu jawatankuasa dari kalangan kepimpinan senior HALUAN.
Pelaksanaan projek-projek dan misi-misi bantuan melibatkan kos pengurusan yang diambil dari hasil sumbangan. Bagaimanapun, HALUAN Palestin menetapkan kos pengurusan diambil hanya untuk memenuhi keperluan pelaksanaan secara minima. Sejak ditubuhkan, kos tersebut tidak pernah melebihi 11% dari jumlah sumbangan, walaupun garis panduan kerajaan membenarkan kos pengurusan diambil dari kutipan sumbangan sehingga maksimum 40%.
Urusan menghantar bantuan dilaksanakan oleh para sukarelawan yang lazimnya membelanjakan wang sendiri tanpa tuntutan.
Amanah wang masyarakat Malaysia yang disalurkan melalui HALUAN disampaikan secara langsung melalui kerjasama beberapa NGO dan pihak berwajib, termasuk Kementerian Wakaf Palestin di Gaza.
Sebahagian lagi bantuan melibatkan bantuan secara langsung kepada sasaran, seperti projek membaiki bangunan Universiti Islam Gaza, bantuan fasiliti University College of Applied Sciences Gaza, serta tajaan pelajar Palestin di Malaysia.
Sejak ditubuhkan, HALUAN Palestin telah menyalurkan sumbangan masyarakat Malaysia ke Gaza, kota Baitulmaqdis dan kem-kem pelarian di Syria, Jordan, Lubnan serta Iraq. Selain bantuan bencana dan kecemasan, HALUAN memberi fokus kepada tiga sektor utama iaitu a) pendidikan, b) pembelaan anak yatim, dan c) perubatan/kesihatan.
Berikut adalah antara bantuan yang telah disempurnakan
Berikut adalah peojrk bantuan yang masih berterusan
ISIS merupakan satu pertubuhan yang samar. Ulamak-ulamak Syria terutamanya percaya pertubuhan ini adalah di bawah tajaan kuasa Barat dan dianggotai oleh orang yang bersemangat jihad yang baharu memeluk Islam atau yang masih jahil. Penubuhannya adalah bertujuan untuk memecah belahkan mujahidin dan melambatkan kemenangan revolusi atau mujahidin yang sebenar.
ISIS beroperasi di kawasan tertentu di Syria. Setakat yang kami tahu, tiada penglibatan atau operasi ISIS dalam perjuangan di Palestin. Hanya mereka yang berada atau berkhidmat di kawasan yang dikuasai ISIS sahaja yang mengenali mereka.
Dipercayai bahawa ISIS dipimpin oleh bekas pemimpin al-Qaeda Syria dan Iraq.
Mereka membunuh rakyat, termasuklah bayi, anak-anak dan wanita, dan sesiapa sahaja yang tidak bersama dengan mereka atas alasan mereka (yang tidak bersama mereka itu) murtad atau pemberontak negara Islam.
Ini adalah jelas menggambarkan sifat keganasan yang jauh dari ajaran Islam yang kita percayai dan amalkan. HALUAN bersikap jelas menolak sama sekali sebarang unsur keganasan dan kerosakan, samada ia berlabelkan Islam atau tidak. Sebagai langkah mengelak daripada unsur sebegini, HALUAN mendapatkan pandangan dan nasihat pihak berwajib khususnya Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara dalam melaksanakan projek atau aktiviti kemanusiaan di lokasi berisiko.
Semua relawan HALUAN perlu melalui proses latihan yang tersusun bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam masyarakat. Tuan-puan boleh dapatkan borang relawan daripada wakil-wakil HALUAN yang bertugas dalam program-program anjuran HALUAN.
Anda juga boleh menghantar borang permohonan menjadi relawan secara on-line di laman web HALUAN.
Setelah berjaya mendaftar, mengikuti latihan dan memenuhi kelayakan-kelayakan yang ditetapkan seperti akhlak yang baik, amanah, kemahiran teknikal dan kelayakan fizikal, tuan-puan bolehlah menyertai misi-misi HALUAN.
Benar. Membantu Palestin tidaklah bermakna kita mengabaikan hak orang susah di negara sendiri dan di tempat lain. Kedua-duanya ada hak untuk dibantu mengikut kadarnya berpandukan fikh keutamaan amal.
Sungguhpun HALUAN melalui Biro HALUAN Palestin dan Biro Misi Kemanusiaan ditubuhkan khusus bagi menangangi isu Palestin dan bencana samada di dalam mahupun di luar negeri, kami juga mempunyai beberapa biro-biro lain yang memberi fokus kepada permasalahan masyarakat kita di negara sendiri. Sebagai contoh, HALUAN juga mengendalikan asrama anak yatim dan miskin di Shah Alam dan juga bantuan dan dakwah kepada masyarakat Orang Asal dan miskin.
HALUAN juga mengambil beberapa buah kampung miskin di Bachok, Kelantan dan Kunak, Sabah sebagai kampung angkat bagi mengendalikan program pendidikan anak-anak dan warga miskin.
Sekiranya anda mempunyai persoalan berkenaan HALUAN Palestin, atau permasalahan Palestin, sila kemukakan di bawah:
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) adalah sebuah NGO yang didaftarkan pada tahun 1989. Biro HALUAN Palestin memberi fokus kepada permasalahan Palestin melibatkan program kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia, projek bantuan kepada penduduk dan pelarian Palestin, serta kempen solidariti ke arah pembebasan bumi Palestin serta Masjid al-Aqsa yang penuh barakah.
Kenali Kami
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Terima kasih atas komen atau cadangan anda.