GAZA, 25 Ogos 2020 — Suasana lengang di seluruh Gaza susulan pengumuman perintah berkurung selama 48 jam, apabila empat penduduk disahkan positif Covid-19 buat pertama kali di luar pusat kuarantin.
Penduduk Gaza juga sedang berhadapan dengan serangan harian tentera Zionis sejak 10 Ogos lalu, di samping tidak mendapat bekalan elektrik dan tidak dibenarkan turun ke laut untuk mencari rezki.
(Foto Palestin News)