Tajaan Pelajar Perubatan Palestin di Sudan

Bantuan kos sara hidup bagi 30 pelajar perubatan Palestin yang menuntut di beberapa universiti di Sudan

Program ini melibatkan bantuan kos sara hidup, melibatkan kos bagi 30 pelajar perubatan Palestin yang menuntut di beberapa universiti di Sudan. Yuran pengajian mereka ditaja oleh kerajaan Sudan.

Setiap pelajar memerlukan RM500 sebulan untuk menampung kos penginapan, makanan, pengangkutan dan peralatan.

Projek ini telah berjalan sejak tahun 2012. Setelah tamat pengajian, bakal-bakal doktor perubatan ini akan pulang berkhidmat di seluruh wilayah Palestin termasuk kota al-Quds dan Gaza. Bantuan kepada setiap pelajar yang tamat pengajian akan diganti untuk pelajar lain yang memerlukan.

 

Tempat-tempat pengajian mereka adalah:

1.     Alzaiem Alazhari University

2.   Red Sea University

3.     University of Bahri

4.     University of Elrazi

5.     University of Sinnar

6.     University of al-Jazirah

7.     University of Bakhtalruda

8.     University of Gadarif

9.     University of Gezira

10.  University of Kassala

11.  University of Kordofan

12.  University of Neelain

13.  University of Nile Valley

14.  University of Omdurman Islamic

15.  University of Science and Technology

16.  University of Yarmouk.