13 diculik, 7 cedera dalam serangan tentera Zionis di Tebing Barat

RAMALLAH, 9 Ogos 2016 (PIC) — Tujuh penduduk Palestin cedera dan 13 yang lain diculik dalam serangan mendadak tentera Zionis di beberapa wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Sameh al-Na’ji diculik setelah tentera Zionis meyerang masuk kota Nablus dan memecah masuk serta menggeledah rumah keluarganya. Terdahulu, tentera Zionis menangkap pekerja Palestin Zakaria al-Ghoul, 27, dari kota Jenin dan memukul secara ganas tiga lagi pekerja lain di sekatan tentera Shafi Shamron.

Tentera Zionis turut menangkap semula pemimpin Barisan Pembebasan Palestin (PFLP) Nidhal Abu Akr di kem pelarian Duheisheh di Beit Lahm. Beliau sebelum ini merengkok dalam penjara selam 16 tahun. Anaknya, Muhammad, sedang melancarkan mogok lapar dalam penjara, sebagai sokongan solidariti kepada tahanan Bilal Kayed yang mogok lapar sejak hampir dua bulan lalu.

Kenyataan tentera Zionis menyebut bahawa semua 13 orang yang diculik, termasuk aktivis Hamas, dituduh terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Dalam pada itu, tujuh pemuda Palestin dikejarkan ke Hospital Persatuan Arab untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana cedera ditembak apabila tentera Zionis menyerang masuk kem pelarian Dubeisheh. Tentera menembak peluru hidup ke arah penduduk Palestin secara rawak ketika tercetusnya pertempuran di kem tersebut.

Bandar berdekatan, Doha, turut diserang masuk di mana rumah tahanan Raed Ayesh dipecah masuk dan keluarganya dipukul. beberapa buah komputer riba turut dirampas.

Petang semalam, tentera Zionis menculik Khaled al-Fekih, 50, iaitu suami kepada tahanan Taghreed al-Fekih dan bapa kepada tahanan Muadh al-Fekih, di sebuah sekatan tenetra di Beit Lahm.

Kem pelarian Aida dan Jabal al-Malih turut diserang masuk oleh tentera Zionis di mana beberapa penduduk di arah hadir untuk disoal siasat.

Dua pemuda dari bandar Beit Fajjar, Udai Khaled Taqatqa dan Amjad Abu Rasheed, turut diculik.

Pada masa yang sama, tentera Zionis meneyrang masuk rumah pemuda Palestin yang mereka bunuh, Abdul Hameed Abu Surur, di Beit Jala. Beberapa penduduk di situ disoal siasat secara mendalam oleh tentera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts