SKANDAL PROPAGANDA ISRAEL TERBONGKAR

Bekas aktivis propaganda Israel kini menyaman kerajaan Israel selepas mendakwa tidak dibayar jutaan shekel bagi kerja kempen propaganda sejak perang Gaza bermula pada Oktober 2023.

Menurut laporan Middle East Eye yang memetik akhbar Israel Calcalist, beberapa syarikat dan kontraktor yang bekerja untuk unit propaganda Israel dikenali sebagai “Hasbara” menuntut bayaran tertunggak mencecah jutaan shekel.

Dua syarikat yang menyediakan studio media untuk pemimpin Israel dan kempen propaganda di Eropah sahaja menuntut hampir 2 juta shekel.

Bekas jurucakap kerajaan Israel, Eylon Levy, turut mengakui beliau masih belum dibayar, tetapi tidak menyertai saman kerana sudah penat mengejar bayaran tersebut.

Ironinya, Israel dilaporkan memperuntukkan ratusan juta shekel untuk kempen propaganda global bagi mempertahankan imej negara itu daripada tuduhan jenayah perang dan genosid di Gaza.

Namun kini, jentera propaganda yang sama dituduh gagal membayar orang yang menjalankan kempen tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts