145,000 pelarian Palestin di Syria menjadi pelarian kali kedua

GAZA, 14 Julai 2016 (PIP) — Badan bertindak untuk pelarian Palestin di Syria dalam laporan mereka menyatakan seramai lebih 145,000 pelarian Palestin di Syria terpaksa meningalkan negara tumpangan mereka itu dan menjadi pelarian buat kali kedua di Turki, negera Arab, Eropah dan juga Gaza.

Berikutan peperangan yang bermula sejak tahun 2011, lebih 144,200 pelarian Palestin telah berpindah ke Jordan, Lubnan, Mesir, Turki, Gaza dan beberapa buah negara Eropah.

Sehingga semalam, 155,000 telah berpindah ke Jordan, 42,500 ke Lubnan, 8,000 ke Turki dan 1,000 ke Gaza. Manakala kenyataan UNRWA pada bulan Julai 2015 menyebut seramai 6,000 orang telah lari ke Mesir. Sehingga akhir Disember 2015, 71,200 pelarian Palestin dari Syria tiba di Eropah.

Berkaitan keadaan terkini di kem-kem pelarian di Syria, badan yang berpengkalan di London itu menyebut bahawa kem Yarmouk di kota Damaskus masih dikepung secara berterusan sejak 1,122 hari lalu, di mana bekalan elektrik terputus sejak 1,189 hari dan bekalan air pula terputus sejak 672 hari lalu secara terus menerus. Seramai 187 pelarian telah terkorban di kem tersebut.

Manakala tentera rejim masih menyekat pelarian di kem pelarian Sabina di selatan Damaskus daripada pulang ke rumah mereka sejak 975 hari berturut-turut.

Seluruh warga pelarian di kem Handarat di wilayah utara telah lari meninggalkan kem tersebut sejak dikuasai oleh pasukan bersenjata sejak 1,167 hari lalu.

Sementera itu kem Daraa berdekatan sempadan Jordan terputus bekalan air sejak 826 hari lalu. 70% bangunan di kem tersebut telah hancur musnah.

Menurut data UNRWA, Syria pada awalnya menjadi tempat tinggal kepada 593,600 orang pelarian Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts