24 tercedera dalam pertempuran di Masjid al Aqsa, keganasan Yahudi dijangka meningkat

Sekurang-kurangnya 24 orang tercedera apabila pasukan polis rejim pengganas Israel bertempur dengan rakyat Palestin di Masjid al Aqsa. Pertempuran tersebut tercetus pada pagi hari Ahad lalu apabila puak pelampau Yahudi memasuki kawasan Masjid al Aqsa. 15 orang pemuda Palestin dan 9 orang polis dilaporkan tercedera.

Berikutan peristiwa pertempuran tersebut, polis Zionis telah menangkap 8 orang rakyat Palestin dan seterusnya menghalang orang ramai daripada memasuki masjid yang mulia itu.

Menurut laporan Agensi Berita Ma’an, pertempuran itu tercetus apabila beberapa kumpulan pelampau Yahudi memasuki kawasan Masjid al Aqsa dengan bantuan kawalan oleh polis Zionis. Penduduk Palestin bertindak membaling batu dan kasut ke arah pasukan Zionis tersebut. Polis Zionis seterusnya menyuraikan penduduk Palestin tersebut secara paksa.

Ratusan rakyat Palestin bergegas ke kawasan Masjid al Aqsa, tetapi pasukan Zionis menutup semua pintu masuk. Rakyat Palestin bertindak mengadakan demonstrasi di luar kawasan masjid, mengecam penaklukan Zionis ke atas Baitulmadqdis.

Polis Zionis juga dilaporkan menghalang tokoh-tokoh seperti Mufti Besar Palestin, Sheikh Ekrima Sabri, dan juga mantan Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Hatim Abdul Qadir, daripada memasuki Masjid al Aqsa.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pakar hal ehwal Baitulmaqdis dan Masjid al Aqsa, Dr Ahmet Varol, memberi amaran bahawa cubaan pengganas Israel untuk menawan Masjid al Aqsa merupakan satu permulaan yang akan diikuti dengan  tindakan yang lebih ganas dalam beberapa hari lagi.

Kenyatan pakar berbangsa Turki ini dibuat dalam laman web “Palestin News” Ahad lalu. Beliau menyelar sikap bangsa Arab dan Islam yang sangat pasif terhadap jenayah Israel ini. “Isu Palestin dan Masjid al Aqsa adalah isu seluruh umat Islam dan bukan isu rakyat Palestin sahaja…. Kami mengikuti perkembangan ancaman Israel ke atas Masjid ini dengan penuh kesungguhan, dan saya yakin puak Yahudi telah mengeksploitasi sikap berdiam diri orang Islam terhadap jenayah mereka.”

Beliau juga berpendapat bahawa tindakan puak pelampau Yahudi memasuki Masjid al Aqsa adalah merupakan persediaan mereka untuk serangan-serangan seterusnya. “Rakyat Palestin tidak mampu mempertahankan Masjid ini bersendirian… amat sukar untuk mereka mempertahankan Masjid suci ini secara bersendirian kerana mereka tidak mempunyai senjata.”

Dr Varol turut mendakwa dunia Arab sebagai menggagalkan rakyat Palestin, kerana mereka mengabaikan Palestin dan terus bertahan nafas dengan janji-janji dan ilusi Amerika. “Bagaimana mungkin hubungan dengan Zionis diperbaiki bila mereka terus-menerus menakluk bumi Palestin?”

Bagaimanapun, beliau berharap inilah saatnya untuk semua umat Islam mula bangkit. “Tindakan Zionis menyerang Masjid al Aqsa tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada mereka, malahan akan mengukuhkan lagi kesedaran Umat Islam.” ¬†[mn/Ma’an/Haaretz]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts