4 Terkorban, Puluhan Tercedera Dalam Letupan Bom Di Gaza

GAZA, 6 Ogos 2015 (Maan) — Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan lebih 30 lagi tercedera apabila sebutir bom tinggalan serangan tentera Zionis pada musim panas tahun lalu meletup ketika kerja pembersihan dijalankan di sebuah rumah yang musnah di kem pelarian Al-Shabura di Rafah, selatan Gaza.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Abu Yousif al-Najjar di Rafah. Mangsa yang terkorban adalah dari keluarga yang sama, iaitu Bakr Hasan Abu Naqira, Abdul-Rahman Abu Naqira, Ahmad Hasan Abu Naqira dan Hassan Ahmad Abu Naqira.

Menurut UN Humanitarian Coordinator (OCHA) lebih 7,000 butir bom tentera Zionis yang dilancarkan ke atas penduduk Gaza dalam serangan selama 52 hari itu tidak meletup dan tersebar di seluruh Gaza. Bahkan ancaman bom seperti ini telah wujud sejak dua serangan besar-besaran terdahulu, iaitu pada tahun 2008-2009 dan 2012.

Laporan Office of the High Commissioner for Human Rights yang diterbitkan pada tahun 2012 menyebut bahawa seramai 111 penduduk awam, 64 daripadanya kanak-kanak, menjadi mangsa letupan bom seperti itu sepanjang tahun 2009 hingga 2012.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts