7 pusat kesihatan di Gaza kehabisan bekalan minyak

GAZA, 31 Jan 2018 — Sebanyak tujuh buat pusat kesihatan penting di Gaza berhadapan dengan krisis apabila alat janakuasa elektrik masing-masing kehabisan bekalan minyak.

Kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini menyebut bahawa pusat-pusat terbabit adalah Pusat Kesihatan Sourani, Yayasan Perubatan, Jabatan Kesihatan Gaza, Pusat Kesihatan Absan al-Kabira, Pusat Kesihatan Atatra, dan sebuah pusat kesihatan khusus untuk golongan kurang upaya.

Sementara itu, Hospital Beit Hanoun dan Hospital Kanak-Kanak al-Durra telah berhenti operasi buat hari ketiga berturut-turut kerana masalah yang sama. Semua pesakit-pesakit dipindahkan ke hospital-hospital lain di Gaza.

Kementerian turut mengeluarkan amaran bahawa Hospital Psikiatrik Gaza juga dijangka kehabisan minyak dalam tempoh beberapa jam lagi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts