Sehingga 30 September 2024, seluruh Israel diisytihar darurat.
Kabinet Israel telah mengundi untuk meluluskan “special home front situation”. Perkara ini dikuatkuasakan dibawah Undang-Undang Tentera atau Martial Law.

Implikasi undang-undang ini memberikan kuasa kepada tentera untuk mengeluarkan arahan seperti melarang perhimpunan, menghadkan aktiviti pembelajaran dan arahan tambahan untuk menyelamatkan nyawa.
Darurat diumumkan setelah serangan regim terhadap lubnan dalam skala besar dan menanti serangan balas daripada Hizbullah.