Belanda disaman kerana gagal menghalang jenayah Israel

Aktivis Palestin dan Belanda telah memfailkan saman terhadap kerajaan Belanda atas tuduhan gagal mencegah genosid terhadap penduduk Gaza dan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh rejim.

Kes itu dibawa bertujuan untuk memaksa Belanda mengambil tindakan tegas terhadap rejim yang sedang berjalan dan penjajahan di Palestin.

Gabungan Al-Haq, Al Mezan, Een Ander Joods Geluid (EAJG), the European Legal Support Centre (ELSC), Groningen Jabalya, SOMO, Stichting Kifaia dan Stichting Palestina diwakili peguam daripada Global Justice Association. Kes ini disokong oleh Erev Rav and Plant een Olijfboom.

Dua tuntutan utama kes ini ialah larangan eksport dan transit senjata, alat ganti senjata dan barang dwi-guna ke Israel, dan larangan ke atas semua hubungan perdagangan dan pelaburan Belanda yang menyokong penjajahan rejim Israel yang menyalahi undang-undang di wilayah Palestin. .

“Rakyat Palestin telah menderita akibat pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh rejim Israel sekian lama sebelum 7 Oktober 2023,” kata Issam Younis dari Al Mezan. “Bagaimanapun, penindasan kami telah mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada tahun lalu.”

Lydia de Leeuw daripada SOMO menegaskan bahawa tidak boleh ada “urusan seperti biasa” dengan rejim Israel. “Pelabur Belanda, pasar raya, pembekal produk ketenteraan telah membenarkan penjajahan dan pembersihan etnik Palestin selama beberapa dekad.”

Peguam daripada Global Justice Association menekankan “sekurang-kurangnya, Belanda mesti mengelak daripada terlibat dengan rejim Israel. Negara mempunyai kewajipan untuk tidak bekerjasama atau terlibat dalam sebarang pelanggaran dan harus mengambil semua langkah yang perlu untuk menghentikan pelanggaran serius pada masa hadapan dan mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts