Amerika senarai hitam Ismail Haniyeh sebagai pengganas

WASHINGTON, 31 Jan 2018 — Dalam usaha menutup kegagalan mereka memberi tekanan kepada perjuangan pembebasan Palestin, Jabatan Negara Amerika hari ini mengisytihar pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, termasuk dalam senarai hitam pemimpin pengganas.

Jabatan Negara mendakwa Ismail, melalui hubungan rapat dengan sayap tentera Hamas, terlibat dalam serangan ke atas masyarakat awam Yahudi dan bertanggungjawab ke atas kematian kira-kira 17 rakyat Amerika.

Dengan pengisytiharan tersebut Ismail, 55, termasuk dalam SDGT (Specially Designated Global Terrorist) yang merupakan orang-orang yang didakwa sebagai pemimpin pertubuhan pengganas atau pembunuhan beramai-ramai.

Sementara itu Jabatan Amerika turut menyenarai hitam tiga pertubuhan – Harakat al-Sabireen yang beroperasi di Gaza, serta dua pertubuhan dari Mesir yang dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin iaitu Liwa al-Thawra dan Harakat Sawa’d Misr (HASM).

(MEE)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts