Facebook, Twitter Padam 85% Bahan Bacaan Anti-Zionis

TEL AVIV, 31 Dis 2017 — Kenyataan Kementerian Keadilan Zionis menyebut bahawa Facebook, Twitter dan beberapa lagi laman media sosial telah memadam ribuan bahan bacaan yang dipapar dalam akaun penduduk Palestin sepanjang tahun ini.

Ketua unit siber Jabatan Guaman Zionis, Haim Wismonsky, mendedahkan bahawa 85% daripada permohonan yang dibuat oleh rejim berkaitan bahan bacaan yang dianggap merbahaya telah dipadamkan pada tahun ini, berbanding hanya 70% sepanjang tahun lalu. Pada tahun 2016, rejim Zionis telah membuat permohonan ke atas sebanyak 2,250 bahan bacaan.

Kabinet Zionis membincangkan cadangan undang-undang baharu, yang dipanggil “Undang-Undang Facebook”, bagi memaksa syarikat-syarikat media sosial memadam beberapa jenis bahan bacaan. Undang-undang tersebut akan turut terpakai ke atas carian Google.

Rejim Zionis menanggap semua bahan bacaaan yang dipapar oleh penduduk Palestin, yang mendedahkan jenayah pihak Zionis ke atas mereka, tanah dan harta mereka, serta tempat-tempat suci, sebagai satu kesalahan jenayah dan membahayakan keselamatan awam.

(C-Tech)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts