Gerakan Pembebasan Gaza (The Free Gaza Movement) mengumumkan bahawa dua kapal solidariti Palestin, yang berlayar dari Cyprus, akan tiba ke Gaza Jumaat ini dengan membawa 35 orang aktivis Palestin dari negara-negara Arab, Amerika Syarikat dan Eropah, di mana 15 aktivisnya dari Qatar, Jordan, Kuwait, Tunisia dan Bahrain serta 21 orang yang berasal dari Amerika Syarikat, Britain, Scotland, Australia, Cyprus, Denmark dan beberapa negeri lagi.
Dalam kenyataannya, gerakan ini menjelaskan bahawa kapal-kapal tersebut dimuati 15 ton simen bagi tujuan untuk membangunkan kembali Hospital Al Shifa di Gaza, yang musnah akibat serangan bom tentera Israel beberapa bulan lalu.
Para aktivis ini akan berada di Gaza selama tiga hari dan akan melakukan peninjauan terhadap kehancuran yang diakibatkan mesin-mesin perang Israel selama serangan tersebut.
Gerakan ini menyeru agar lebih ramai organisasi dan orang ramai agar ikut serta dalam usaha mengirimkan pelbagai keperluan penduduk Palestin di Gaza melalui kapal-kapal untuk membantu meringankan penderitaan mereka. (EZ/ IMEMC/SA/FN)