AL-KHALIL, 12 Okt 2015 (AIC) — Setiap minggu The Alternative Information Center (AIC) menerbitkan rencana bergambar yang memaparkan penjajahan serta kekejaman tentera Zionis ke atas penduduk Palestin, khususnya di sekitar Al-Khalil di selatan Tebing Barat.
Terdapat sekitar 400 orang pendatang Yahudi tinggal di beberapa kawasan penempatan haram berdekatan kota lama Al-Khalil. Mereka dilindungi oleh 1,500 orang tentera, yang mengamalkan sikap Aparthied melampau.
Berikut adalah paparan ringkas kejadian sepajang minggu lalu.
Pulang dari sekolah
7 Okt – Seorang pelajar Palestin pulang dari sekolah dan terpaksa berhadapan dengan tentera Zionis di kawasan pasar Kota Lama Al-Khalil.
Polis bersedia menembak gas pemedih mata
7 Okt – Kanak-kanak sekolah yang melalui sekatan pemeriksaan ini sering terdedah kepada tembakan gas pemedih mata dan bom pelali (sound grenade) apabila berlaku kejadian membaling batu dari kalangan pemuda Palestin. Hari ini, tentera Zionis melepaskan 35 tembakan gas pemedih mata di waktu pagi dan 46 lagi di waktu petang ketika kanak-kanak pergi dan pulang dari sekolah.
Pendatang Yahudi sambut hari akhir perayaan Sukkot
7 Okt – Para pelampau Yahudi ini, iaitu pendatang haram dari kedudukan undang-undang antarabangsa, menari dan menyanyi di sepanjang Jalan Shuhada. Tentera melarang penduduk Palestin melalui jalan utama di Kota Lama itu. Sepanjang festival perayaan Yahudi, laluan untuk penduduk Palestin dihadkan dan sekatan-sekatan pemeriksaan ditutup.
Pertempuran selama seminggu
7 Okt – Pertempuran di sebuah sekatan pemeriksaan uatama yang memisahkan Jalan Shuhada dari kawasan pusat bandar Al-Khalil. Sepanjang minggu ini, pertempuran berlaku pada setiap hari di seluruh wilayah Palestin, termasuk Al-Khalil.
Pendatang Yahudi hentikan kerja penduduk Palestin
7 Okt – Pekerja Palestin yangsedang membaiki kedai berdekatan Jalan Shuhada disekat oleh pendatang Yahudi yang berniat menghalau keluar semua penduduk Palestin dari kawasan tersebut. Polis Zionis ini mempertahan pekerja Palestin dari diserang pendatang Yahudi, tetapi pada masa yang sama mengarahkan supaya kerja-kerja dihentikan.
Air najis
7 Okt – Dalam kejadian pertempuran di Al-Khalil, tentera Zinis memasuki dan megosongkan pasar Palestin yang terletak Kawasan H1 di Al-Khalil. Menurut Perjanjian Al-Khalil (Hebron Accord) Kawasan H1 adalah di bawah pentadbiran dan kawalan Pihak Berkuasa Palestin dan tentera Zionis tidak ada hak untuk menceroboh masuk.
Tempat yang lebih selamat untuk kanak-kanak belajar
7 Okt – Kanak-kanak menaiki buaian di sebuah tadika Palestin. Aktivis Christian Peacemaker Teams (CPT) mengiringi mereka pergi dan balik dari tadika setiap hari dengan melalui dua sekatan pemeriksaan tentera Zionis.