[Foto] Ribut Salji Melanda Al-Quds

AL-QUDS, 20 Feb 2015 (MEE) — Ribut sajli yang melanda beberapa daerah di Timur Tengah menyebabkan kegiatan harian penduduk terjejas.

Di Turki, penduduk mengalami keadaan hujan salji yang terburuk sejak 28 tahun. Manakala Jordan buat pertama kali terpaksa menutup jalan-jalan utama. Sekolah dan universiti juga terpaksa ditutup.

Al-Quds dan Masjid al-Aqsa turut dilanda ribut, di mana beberapa kawasan diliputi salji sehingga setengah meter.

Keadaan dijangka akan berterusan hingga beberapa hari lagi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts