Hammad: Bersatu Kami Bangunkan Gaza

Gaza -Fatehi Al-Hammad Menteri Dalam Negeri pemerintah Palestin menyatakan bahawa badan keselamatan mampu mempertahankan infrastrukturnya meskipun pukulan dari serangan masih dirasakannya akibat tindakan agresif  Zionis Israel ke Gaza.

Hammad berkata dalam sambutannya di TV Antarabangsa Al-Ikhbariyah pada Ahad, (10/5) bahawa badan keselamatan Palestin di sepanjang serangan agresif di Gaza mampu bertahan meskipun banyak anggotanya gugur iaitu lebih dari 400 orang.

Bahkan mereka ini masih boleh bekerja dengan sangat baik di tengah keadaan yang teruk dan hancur di bedil oleh Yahudi Zionis dan menghadapi kekuatan yang tidak seimbang. Badan Keselamatan juga berhasil memelihara infrastruktur dan rakyatnya dari sisi keamanan.

Ia menyatakan bahawa keamanan Palestin selama 22 hari agresif Israel di Gaza mampu mencatat keberhasilan yang besar dalam melindungi rakyat Palestin. Dan pasca perang badan keselamatan memiliki perancangan pantas untuk memulihkan keamanan, strukturnya dan melakukan kawalan penuh dalam bidang keselamatan.

Hammad berkata bahawa jabatan yang dipimpinnya akan bekerja menyatukan barisan rakyat Palestin, membentuk sebuah barisan dalaman yang kuat dalam menghadapi Israel, sekatan dan tindakan agresif mereka. Ia menyampaikan peringatan agar politik Palestin tidak dipengaruhi oleh tekanan dan agenda asing dalam mengurus pemerintahan Jalur Gaza.

Hammad mengatakan bahawa jabatan keselamatan setelah perang Israel akan bekerja mengembalikan sebahagian dari pejabat pusat yang rosak agar dibina semula. Untuk jangka panjang proses bina semula akan dilakukan terhadap seluruh pejabat yang hancur oleh pasukan pendudukan Israel selama agresif mereka di Jalur Gaza.

Usaha bina semula pejabat keselamatan itu memerlukan puluhan juta dolar, justeru, ia meminta kepada negara Arab dan Islam yang membela rakyat Palestin untuk membantu di bidang ini. Sebab pembangunan kembali Gaza, tidak kalah tegangnya dengan situasi ketika perang.

Soal ancaman musuh Israel akan merangka perang baru ke Jalur Gaza, Hammad  mengatakan bahawa ini bukan ancaman baru, di mana Israel selalu menjadi ancaman bagi rakyat Palestin. Ia menekankan kesiapan rakyat Palestin sepenuhnya untuk menghadapi segala kejahatan Israel.

Hammad mengatakan, rakyat Palestin mampu mencatat kemenangan besar atas Israel di Gaza. Sehingga musuh Israel ini tidak akan dapat kembali melakukan perang seperti perang sebelumnya. Ini kerana Israel sudah mencuba untuk mencapai targetnya namun mereka menemukan kekalahan yang pahit dimana akibatnya masih terus dirasakan dalam bidang keamanan, politik, militer, dan parlimen.

Hammad berkata bahawa ada kutukan dan protes dunia, negara, bangsa dan lembaga terhadap agresif Israel di Gaza. Terutama ahli undang-undang antarabangsa yang mendakwa tindakan Israel sebagai penjahat perang dan ada yang mendesak untuk di bawa ke pengadilan antarabangsa. (bn-bsyr/infoPalestin)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts